Buasir

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau ‘memberi’ dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Jenis-jenis buasir

Buasir dalaman

Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

Buasir luaran

Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

Penyebab utama

1.Sentiasa duduk
2.Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
3.Cirit-birit
4.Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
5.Batuk yang teruk
6.Bersalin
7.Mengangkat berat
8.Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.

Pencegahan

Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Amalkan petua-petua berikut:

1.Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.

2.Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

3. Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.

4.Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Penyakit. Bookmark the permalink.

7 Responses to Buasir

  1. diana says:

    aslmkm,suami saya mgalami buasir dan pnah membuat rawatan dkat hspital krajaan..rawatan mgikat buasir tlah dilakukan tetpi selpas beberapa bulan rawatan itu pnyakit buasir suami saya dtg brulang,saya ingin thu apakh jenis rawatan yg perlu untuk suami saya? trima ksih….

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Diana,

      terlebih dahulu anda kena tahu di antara faktor-faktor penyebab buasir ialah :

      1) Sentiasa duduk
      2) Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
      3) Cirit-birit
      4) Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
      5) Batuk yang teruk
      6) Bersalin (bagi wanita)
      7) Mengangkat berat
      8) Pengamalan seks melalui dubur oleh golongan heteroseksual dan homoseksual.

      Walaupun rawatan mengikat buasir telah dilakukan oleh doktor, ia masih boleh berulang kembali apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

      Pencegahan
      Mengelak dari melakukan perkara-perkara di atas boleh mencegah anda dari buasir. Boleh amalkan petua-petua berikut:

      1) Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.

      2) Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.

      3) Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.

      4) Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik iaitu setiap pagi. Pastikan najis anda sentiasa lembut.

      5) Urutan di bahagian dubur yang mengalami buasir dengan jari agar aliran darah sampai ke tempat tersebut dan buasir dapat dipulihkan.

      6) Semasa berjimak pastikan faraj isteri dapat mengurut zakar suami dengan baik. Jika suami mengalami buasir, sudah tentu zakarnya tidak dapat bertahan lama ketika berjimak. Dengan itu bantuan isteri diperlukan atau urut sendiri zakar agar pengaliran darah sempurna ke bahagian pelvik dan kemaluan. Ini juga boleh merawat buasir tersebut.

      6) Amalkan pengambilan madu lebah asli dan boleh juga disapukan madu tersebut ke tempat buasir agar ia cepat mengecut. Amalan makan madu juga dapat membantu masalah sembelit.

      7) Amalkan makan buah-buahan seperti betik, limau sunkist, pisang dan sayur-sayuran segar agar tidak sembelit.

      Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

  2. ruzita says:

    Bahagian dubur sye dah 2 bulan mengalami gatal2. Expectation sye mmg buasir. Tp belum berdarah. Sye cuba dapatkan pil dr farmasi utk sembuhkan gatal2 tu tp tak berjaya. Apa nasihat tuan/puan?
    Sye sgt risau dan mmg tak selesa mcm ni.. tp sye tak sembelit.

    • zainura66 says:

      Ruzita,

      madu lebah asli merupakan penawar segala penyakit zahir dan batin. Anda kena pastikan samada buasir luar atau dalam. Jika buasir luar, anda boleh sapukan madu lebah tersebut pada bahagian yang gatal tersebut dan anda disarankan memakan madu lebah setiap hari bagi memulihkan kembali sistem penghadaman.

  3. cahaya kaseh says:

    salam sis saya mengalami buasir luar..sy takot untuk ke hospital..ade x petua tradisional yg blh mengecutkan kmbali bengkak buasir tersebut?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam,

      boleh cuba demahkan (tuam) buasir dengan rizom pokok Bakong (Spider Lily) atau urut dengan menggunakan jari agar buasir tersebut boleh mengecut. Amalkan minum madu lebah asli.

  4. hazreeq says:

    Salam…sy mngalami buasir luaran , di bhgian dubur sy ad bengkak kecil yang membonjol , bolehkah sy mnghlangkan bengkak kecil yg membonjol itu ??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s