Apa itu Haid ?

Haid atau datang bulan merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang perempuan akan kehilangan darah. Tempoh pembiakan seseorang perempuan dicirikan dengan perubahan ritma pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritma ini dikenali sebagai kitaran haid.

Fungsi kitaran haid ialah untuk menghasilkan ovum (benih) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, ovum akan mengalami kemerosotan dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui faraj.

Proses haid akan membuang keluar darah ‘kotor’, mukus dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akhil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadang kala seawal umur 9 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan.

Putus haid (menopaus) berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 – 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang biasa ialah 28 hari. Hari pertama haid di anggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang biasa dan sihat ialah antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.

Purata kitaran haid ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus perempuan yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi perempuan yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 mililiter. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah antara 60 hingga 200 mililiter.

Sesetengah perempuan akan mengalami simptom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Dalam tempoh tersebut, wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.

Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan perempuan. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi , juruterapi atau diurus sendiri oleh perempuan tersebut. Mereka yang mengunjungi kedai farmasi atau pusat terapi akan ditemu bual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada perempuan berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temu bual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

15 Responses to Apa itu Haid ?

  1. Nur berkata:

    saya berumur 12 tahun dan sudah haid,Kadang-kadang haid saya terlalu lama sehingga mencecah 20 hari atau lebih.Adakah saya mempunyai penyakit atau memang biasa?

    • zainura66 berkata:

      Adakah adik berbadan gempal ? Jika haid keluar melebihi 20 hari, ini bukanlah normal sebab haid yang normal adalah sekitar seminggu sahaja….

      • GadisRisau berkata:

        Maaf menyampuk , bagaimana klau berbadan kurus , dan haidnya melebihi 15 hari? adakah ianya penyakit? bagaimana mahu mencegahnya?

      • zainura66 berkata:

        Waalaikumsalam GadisRisau,

        bukanlah disebabkan badan kurus saja yang menyebabkan haid bermasalah namun nama adik (GadisRisau) juga memberi kesaan terhadap masalah ini. Cuba perhatikan diet pemakanan adik dan beritahu admin.

  2. eiyza ieza berkata:

    saya haiza.. umur saya 14.. saya baru datang haid.. tp haid saya hanya sedikit… kadang2 sederhana… kenapa ye? adakh disebab kn saya kurus?

    • zainura66 berkata:

      Assalamualaikum Haiza,

      haid yang tidak teratur bukanlah semata-mata kerana badan yang kurus. Banyak lagi faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak lancar. Anda harus memahami aspek-aspek kehidupan rohani, jasmani, jiwa dan raga dalam membina kesihatan yang menyembuhkan segala penyakit zahir dan batin.

  3. gadis22 berkata:

    saya anis berusia 22 tahun masih bujang dan mengalami masalah haid yang tidak teratur.tubuh saya agak gempal.apakah jalan penyelesaian selain menurunkan berat badan.Setakat ni saya dalam proses menurunkan berat badan dan jaga pemakanan.

    • zainura66 berkata:

      Assalamualaikum Anis,

      ini adalah satu tindakan yang sangat baik dilakukan. Anis mestilah kuatkan azam dan semangat untuk terus memperbaiki diri.

  4. elduina berkata:

    Assalamualaikum..

    sy ingin bertanya ttng masalah yg sy hadapi kini..
    sy kini berumur 22thn dah sdh mempunyai anak seorg.. dari sy berumur 13thn mula2 sy dtng haid.. kitaran haid sy mmg bkn bln2..dlm selang 2 atau 3bln.. bahkan sampai 5bln.. dan selepas sy bersalin..kitaran haid sy seperti biasa.. tetapi hanya 3bln sahaja.. dan selepas itu.. dari thn 2011 bln 2.. hingga 2012 bln 7..sy xdtng haid.. dan hanya 2bln saja haid sy dtng.. bln 9 2012 hingga kini bln 7 2013 ..sy xdtng haid.. ini jga menyebabkn badan sy cepat naik..walaupun sy xmakan.. dan membuat sy selalu murung dan suka meyendiri.. dkt pinggang sy jga slalu saja sakit.. apa pun posisi sy baring atau duduk.. tetap akn membuatkn sy rasa sakit di belakang dkt pinggang sy.. sy dah jumpa doktor.. tapi doktor kata xde apa2.. cuma hormon llaki dlm badan sy banyak xseperti wanita normal.. dan doktor suruh sy turunkn berat bdn.. sy dah xmakan nasi selama 3bln.. dan berat sy ssh sgt nk turun.. kadang2 air kencing sy akn bercampur darah ketul2..tapi ia bkn darah haid.. sbb sy x datang haid pun..dan baru2 nie.. sy lihat seluar dlm sy ada darah.. tapi sedikit sahaja.. dan itu cuma berlaku kadang2 sahaja.. mcm dlm thn nie.. hanya 2x sahaja.. harap dapat tolong sy bgi masalah yg sy hadapi.. ada yg kata mungkn sy xkan dpt menggandung lgi.. wallahualam.. terima kasih..

    • zainura66 berkata:

      Waalaikumsalam Elduina,

      admin sangat bersimpati dengan masalah yang dihadapai oleh puan ini. Anda telah mengalami gejala atau tanda-tanda awal penyait puan sejak bermulanya kedatangan haid ketika berumur 13 tahun, kitaran haid yang tidak normal sehingga kini. Dari fakta yang anda tulis di atas, anda mengalami gangguan aliran darah di bahagian sistem reproduksi dan sistem perkumuhan. Biasanya jika terdapat darah di dalam air kencing, kadangkala akibat dari kencing kotor serta adanya jangkitan kuman. Saya mempunyai pesakit yang mengalami masalah lebih kurang sama dengan puan, dari sejarah kehidupan beliau, faktor-faktor yang beliau mengalami masalah ini ialah akibat dari amalan memakan mee segera sejak dari kecil lagi. Badan anda mempunyai pertambahan berat badan selain dari mempunyai masalah sistem pencernaan, anda juga mengalami ketidakseimbagan hormon serta masalah persekitaran yang mempengaruhi kesihatan jiwa, raga, rohani dan jasmani. Apa yang admin dapat beri nasihat ialah cuba ubah gaya hidup kepada yang lebih sihat seperti, mengurangkan berat badan dengan mengamalkan riadah secara berkala, tabiat pemakanan yang lebih sihat serta berkala, mengubah emosi kepada yang lebih positif serta memperbanyakkan amalan menurut agama Islam. Wallahualam.

  5. norhaizan othman berkata:

    saya zan,ingin bertanya.kitaran haid saya hanya 4hari.apabilahari ke 8 saya bersama suami ;tetapi masih ada darah.keesokan haridarah itu sudah tiada.adakah itu dikira masih darah haid

  6. Nurul Nadirah berkata:

    assalamualaikum . saya nurul berusia 13 tahun . saya selalunya dtg haid sebulan 2 kali . adakah sya mmpunyai sebarang pnyakit ? terima kasih

Tinggalkan komen