Warts

Apa itu Watrs atau Ketuat ?

Warts atau Ketuat adalah merupakan sejenis penyakit kulit di mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.

Warts atau Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.

Jenis-jenis ketuat

Terdapat lebih 150 jenis ketuat yang dikelaskan berdasarkan tempat jangkitan:

Ketuat biasa
Ketuat kaki (Plantar warts)
Ketuat filiform (Filiform warts)
Ketuat planar
Ketuat kelamin Genital warts

Rawatan ketuat

Ketuat boleh diubati dengan mudah, tetapi ramai orang bersikap tidak acuh untuk mendapatkan rawatan bagi mengubatinya. Ini mungkin disebabkan ketuat jarang menimbulkan masalah kesihatan yang besar. Bagaimanapun, pengidap ketuat perlu berhati-hati agar tidak memotong ketuat dengan menggunakan pisau kerana darah yang mengalir keluar mampu menjangkiti kawasan lain.

Kaedah rawatan warts atau ketuat :

Salap asid salisilik – Salap asid salisilik merupakan rawatan ubat yang disapu pada bahagian ketuat. Rawatan ini akan menyebabkan ketuat itu kering dan berkeruping. Bahagian yang beruping itu perlu dibuang secara berhati-hati kerana ia mampu menjangkiti kulit yang sihat sekiranya bersentuhan.

Terapi cryo – Terapi cryo merupakan rawatan membuang ketuat dengan menggunakan nitrogen cecair. Ketuat yang terkena nitrogen cecair akan menjadi keras dan mengecut.

Podophyllin – Podophyllin merupakan rawatan membuang ketuat dengan menggunakan sejenis pati tumbuhan. Ubat ini akan disapu pada ketuat bagi memusnahkan tisu yang dijangkiti pada permukaan kulit.

Interferon & asid trichloracetic (TCA) – Interferon & asid trichloracetic merupakan rawatan membuang ketuat dengan menggunakan suntikan Interferon secara langsung kepada kawasan yang dijangkiti, manakala ubat TCA akan disapu pada permukaan ketuat

Pembedahan membuang ketuat
– Pembedahan membuang ketuat merupakan rawatan membuang ketuat dengan menggunakan pembedahan, bergantung kepada kesesuaian tempat dan jenis ketuat. Ketuat akan dibuang termasuk akar umbi dan lain-lain tisu yang dijangkiti virus tersebut.

KETUAT

Oleh NURUL ANUAR KARI
kesihatan@utusan.com.my

masalah ketuat (warts) sebenarnya berlaku secara meluas di seluruh dunia. Memandangkan kebanyakan kes hanya melibatkan masalah ringan dengan saiz ketuat yang kecil serta jumlah yang sedikit, ia sering kali diabaikan begitu sahaja.

Sememangnya masalah ketuat yang berpunca dari jangkitan Human Papilloma Virus (HPV) kebiasaannya tidak menjejaskan kesihatan dan hidup seharian. Ini mengelakkan banyak perhatian terhadap masalah ini, dengan kebanyakan kes akan pulih sendiri selepas tempoh masa tertentu.

Namun, penemuan dua kes ketumbuhan ketuat yang ekstrem pada 2007 mengejutkan dunia, terutamanya berita ‘lelaki pokok’ di Indonesia yang menjadi contoh serangan teruk virus HPV ke atas kulit manusia.

Membezakan

Mungkin ramai kini yang tahu mengenai ketuat alat kelamin yang dikaitkan dengan kanser serviks (pangkal rahim) di samping kontroversi pemberian vaksinnya untuk gadis dan wanita di negara ini. Namun, ramai yang tidak mengetahui mengenai bermacam jenis ketuat lain memandangkan ia tidak membahayakan kesihatan atau mengancam nyawa.

“Ketuat berpunca dari jangkitan virus HPV sahaja. Terdapat lebih 100 jenis virus HPV dan setiap jenis ketuat berpunca dari jenis virus berbeza.

“Berbanding ketuat alat kelamin, ketuat biasa, plantar mahupun ketuat leper tidak memerlukan vaksin dan tidak membawa komplikasi besar,” jelas Dr. Noraziah Abdul Kadir Jailani, Pakar Perunding Perubatan dan Dermatologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC).

Namun, berita mengenai Dede Koswara, 34, yang badannya dipenuhi ketuat seakan kulit pokok menunjukkan masih ada yang bernasib malang apabila badan mereka gagal menentang jangkitan HPV.

“Kes Dede berpunca daripada masalah imuniti badan yang lemah dan gagal mengawal mahupun menghapuskan virus HPV yang menjangkiti kulitnya.

“Individu lain yang mengalami masalah lemah sistem imuniti akibat penyakit atau pengambilan ubat juga terdedah kepada ancaman penyakit biasa, walaupun penyakit seperti ketuat,” kata Dr. Noraziah.

Menurutnya, selagi badan masih sihat dan kuat, jangkitan kuman seperti HPV masih mampu ditentang, walaupun mungkin mengambil masa untuk pulih.

Pada 2007, Dede dan Ion Toader dari Romania menjadi antara pesakit disahkan menghidap penyakit Epidermodysplasia verruciformis (EV) yang ditemui Dr. Felix Lewandowsky dan Dr. Wilhelm Lutz dari Jerman di awal 1920-an. Keadaan kulit seakan kulit pokok pesakit EV dikaitkan dengan virus HPV jenis 5 dan 8 yang biasanya hadir sebagai jangkitan ringan pada 80 peratus populasi dunia.

Dede dilaporkan membuang sekitar enam kilogram ketuat di badannya pada Ogos 2008, ada di antaranya menggunakan gergaji kuasa tinggi. Walaupun lebih 95 peratus ketuat di badan Dede telah dibuang, masalah ‘kulit pokoknya’ itu masih berterusan dan doktor menganggarkan dia memerlukan dua pembedahan setiap tahun untuk seumur hidupnya bagi mengawal ketumbuhan tersebut.

Muda

Walaupun kes ketuat seperti Dede dan Toader sesuatu yang jarang berlaku, umum perlu mengetahui bahawa virus HPV wujud secara meluas dalam komuniti manusia. Mampu menyebabkan jangkitan ringan hingga sederhana, ketuat yang timbul sebenarnya boleh dirawat terutamanya jika ia menjejaskan penampilan fizikal seseorang.

“Kanak-kanak merupakan yang paling mudah diserang masalah ketuat biasa – di kaki dan tangan, akibat sentuhan semasa mereka bermain di luar ataupun bersama kawan-kawan.

“Sebarang bentuk hubungan dengan virus HPV boleh menyebarkannya, terutamanya jika ada luka,” jelas Dr. Noraziah.

Menurut beliau, badan akan melawan jangkitan tersebut dan kebiasaannya kanak-kanak akan pulih sendiri dari masalah ketuat.

Namun tegasnya, jika ketuat tidak hilang selepas berbulan lamannya ataupun semakin banyak, rawatan boleh diberikan untuk mengawal dan memulihkannya.

Apa yang penting adalah mengelakkan anak ataupun diri sendiri daripada mengopek, memotong, memecah atau mengutil ketuat yang timbul. Perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan dan menyebarkan virus HPV ke bahagian badan yang lain.

“Virus HPV mudah merebak di kalangan mereka yang sering berkaki ayam mahupun melalui air seperti di dalam kolam renang yang tidak dijaga rapi.

“Selain itu, perkongsian pakaian, tuala, kasut dan alat membersihkan kulit serta kuku juga boleh menyebarkan virus HPV punca ketuat,” tegas Dr. Noraziah.

Rawatan

Dr. Noraziah menjelaskan bentuk rawatan yang diberikan bergantung kepada kedudukan dan juga jenis ketuat.

“Ada yang leper, ada juga yang bertangkai. Jika ketuat kecil tunggal, lama-kelamaan akan hilang sendiri.

“Untuk ketuat yang tidak hilang, terdapat beberapa cara rawatan termasuk krim tertentu, pembedahan dan juga laser.”

Beliau menerangkan kaedah pembekuan ketuat dan pembedahan menggunakan jarum elektrik menjadi antara kaedah rawatan paling biasa digunakan. Asid salasilik pula menjadi antara pilihan mudah bagi pesakit yang tidak mahu berjumpa doktor.

“Ramai penghidap ketuat bermula dengan rawatan sendiri. Bila sudah merebak teruk barulah mereka akan datang mendapatkan rawatan dari doktor,” ujar Dr. Noraziah.

Katanya, ketuat di muka menjadi contoh jenis yang mudah merebak, terutamanya jika terluka ketika bercukur.

Selain pembekuan dan jarum elektrik, terdapat kaedah lain untuk merawat ketuat. Ini termasuk Cantharidin, pembedahan laser, immunoterapi, Bleomycin dan retinoid yang dipilih mengikut keperluan dan kesesuaian keadaan.

“Rawatan mungkin perlu diulang beberapa kali sebelum pesakit pulih sepenuhnya.

“Kos rawatan juga cuma sekitar beberapa ratus ringgit, tetapi mungkin mencecah ribuan ringgit untuk kaedah rawatan laser,” jelasnya.

Dr. Noraziah bagaimanapun menekankan perkara yang paling penting adalah untuk tidak memburukkan keadaan dan menyebarkan jangkitan virus HPV itu.

“Jangan dikacau ketuat yang timbul. Walau apa jenis sekalipun, jangan dikutil atau ia akan merebak ke seluruh badan!”

— UTUSAN MALAYSIA

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Penyakit. Bookmark the permalink.

27 Responses to Warts

  1. fadhil berkata:

    adakah semua jenis ketuat boleh meggunakan ubatan yang sama…seperti ketuat biasa dengan ketuat kelamin…?

    • zainura66 berkata:

      Haruslah berbeza kerana alat kelamin lebih sensitif….walaubagaimanapun, rujuk pada doktor pakar terlebih dahulu.

  2. ctea85 berkata:

    dr., jika seseorang pernah terkena ketuat kelamin yg telah pun sembuh dan dia tidak melakukan hubungan seks selama 2 tahun, adakah kemungkinan virus ketuat itu masih ada dan menjangkiti pasangannya kelak (apabila melakukan seks)?

    • zainura66 berkata:

      Saya rasa tak perlu tunggu begitu lama untuk menghilangkan virus ketuat tersebut kerana tubuh badan kita mampu melawan yirus tersebut dengan antibodi kita sendiri jika kita prihatin dengan kesihatan kehidupan.

  3. nona berkata:

    Ketuat di anak jari kaki..dh lbih 6 bulan..sye x mlakukan ape2..bolehkah sekarang ini sye cme memakai krim biase?

  4. no name berkata:

    Mane nak cri asid salasilik ye?sy nk tahu adakah asid 2 dpt sembuhkan genital wart?

  5. azmer berkata:

    pakai getah betik di kelamin boleh ke?

  6. anonymous berkata:

    Saya menghidapi ketuat di kemaluan..dan saya masih belajar lagi…saya tidak tahu benda nie berpunca dari mana..soalan saya..Ape puncanya?mcm mana nak menghilangkan?berapa kos rawatan?

    • zainura66 berkata:

      Anonymous, perkara sebegini eloklah dibuat sendiri dengan mengurut bahagian bermasalah tersebut. Besar kemungkinan terdapat kotoran yang berkumpul di bawah kulit tersebut. Jika anda buat rawatan secara moden mungkin ia akan melibatkan kos yang agak tinggi iaitu dengan menjalani pembedahan.

  7. hana berkata:

    sy bru perasan ad biji di bibir kemaluan.. dan di dinding..pda mlanya ad tiga.. dh ampr sebulan makin bertambah.. adakah ia genital wart.. sya ad prgi klinik wat ujian pap smear tp nurse tu ckp n pkra biasa.. sya mnta ubat dia kta xda.. bleh tak nk mnta tlg ubat ap utk sembuh.. dh tebai mka peg klinik..

  8. no name berkata:

    Salam…sy rse sy pun alami masalah ketuat kelamin ni…die tmbul mcm lebihan isi..bile sy picit ia jd lekang dr kulit n berdarah…sy bcadang nk lakukan ujian pap smear…ape yg harus sy lakukan ye….sy rungsing sgt2 ni…bleh ke ia dirawat??

  9. neilansor berkata:

    Saye Ada Obat herbal Ketuat Kelamin, Sila kunjungi kami di http://ubatketuatkelamin.blogspot.com/, disini sudah ada banyak yang sembuh dengan obat dari kami,

  10. neilansor berkata:

    Zainura 66.. U ada BBM tak?

  11. HambaNya berkata:

    Asalamualaikum .. sy perempuan dan berumur 17 tahun. pernah melakukan seks. Lepas peristiwa tu, terdapat bintik putih dan bila pecah keluar darah banyak sangat pada kemaluan saya. mcm mana nak rawat ye ? nak g kat doktor malu lah pulak. yang pasal lebah tu, kena sapu kat kemaluan ke kena minum ?

    • zainura66 berkata:

      Waalaaikumsalam Syuhaila , adalah lebih baik mencegah sebelum parah. Jangan malu untuk membuat pemeriksaan dengaan doktor. Amalan meminum madu lebah dapat menguatkan imunisasi tubuh badan anda….

Tinggalkan komen