Persediaan menyambut bayi : JIWA

PERSEDIAAN MENTAL DAN EMOSI

ibu yang hamil akan mengalami perubahan sama ada dari segi emosi,mental dan fizikal. Dengan itu pihak suami haruslah :

1. Memahami Psikologi Perubahan Fizikal Serta Emosi Isteri Yang Hamil.
Isteri yang hamil dan suaminya perlu memahami akan perubahan-perubahan yang dihadapi tersebut adalah
disebabkan hormon wanita yang hamil berubah dan ini semua ketentuan dan kurniaan dari Allah swt.

Firman Allah Taala dalam surah Luqman ayat 14 :

وَوَصَّيْنَاالْإِنسَانَبِوَالِدَيْهِحَمَلَتْهُأُمُّهُوَهْنًاعَلَىوَهْنٍ وَفِصَالُهُفِيعَامَيْنِأَنِاشْكُرْ لِيوَلِوَالِدَيْكَإِلَيَّالْمَصِيرُ

Maksudnya : “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan
menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu
bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. “

2. Elakkan Isteri Yang Hamil Dari Tertekan Emosi.
Suami hendaklah memainkan peranan dalam usaha mengurangkan tekanan emosi yang sedang dihadapi
oleh isteri dengan cara menunjukkan kasih sayang yang sejati dan sentiasa berada disisinya di waktu
lapang serta sentiasa menunjukkan sikap mengambil tahu dan prihatin kepadanya.

3. Memberi Motivasi Diri.
Suami hendaklah memberi perangsang dan dorongan ke atas isterinya supaya bersabar di atas segala
dugaan ketika sedang hamil.

4. Menerangkan Kelebihan Dan Keistimewaan Isteri Yang Hamil.
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Maksudnya :
“Setiap wanita di antara kamu yang melahirkan tiga orang anak, mereka akan menjadi hijab baginya api
neraka. Seorang wanita di antara mereka menyahut; Bagaimana kalau dua orang anak? Baginda
menjawab: Dua orang anak pun demikian juga .”

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s