Bila Berlakunya Putus Haid (Menopause) ?

Purata umur berlakunya menopause ialah 51.2 tahun. Ini bermakna setengah dari kesemua wanita akan mula berhenti mengeluarkan haid sebelum umur ini dan setengah lagi akan mula berhenti mengeluarkan haidnya selepas umur ini. Kira-kira 8% wanita akan mengalami putus haid sebelum umur 40 dan kebanyakannya akan mengalaminya pada umur 58 tahun.

Penyebab putus haid awal (kurang dari 40 tahun) ialah :

* pembedahan pembuangan ovari
* terapi radiasi ke atas ovari
* beguk
* pengurangan kromosom
* malnutrisi teruk
* penyakit autoimun
* merokok

Wanita juga boleh mengalami putus haid lewat, iaitu selepas umur 55 tahun. Jika ini berlaku, pastikan anda membuat ujian Pap Smear, pemeriksaan pelvik, mammogram dan pemeriksaan buah dada yang kerap. Doktor anda haruslah tahu yang anda masih mempunyai haid. Ini adalah kerana kadang-kadang, pendarahan abnormal dari vagina boleh berlaku.

Selain itu, wanita yang merokok menopause 2 tahun lebih awal berbanding wanita yang tidak merokok. Secara amnya, masa untuk wanita mencapai menopause berbeza dari seorang individu ke individu yang lain. Ianya tidak bergantung pada bangsa, kelas, mengandung atau tidak, menyusukan anak atau tidak, corak kesuburan, penggunaan pil perancang, ketinggian, umur semasa kedatangan haid pertama atau umur semasa mengandung kali terakhir.

Adakah Terdapat Sebarang Ujian Untuk Memastikan Putus Haid ?

Simptom-simptom yang dialami tidak semestinya menandakan seseorang wanita itu telah mengalami putus haid. Salah satu cara untuk memastikan samada anda putus haid ialah dengan menyukat paras FSH. Ini kerana apabila ovari gagal menghasilkan estrogen, paras FSH meningkat akibat rangsangan pituitari untuk penghasilan estrogen. Jadi, paras FSH yang tinggi adalah suatu bukti yang menunjukkan bahawa anda telah putus haid. Doktor anda akan memberitahu samada anda mengalami pra-menopausal atau menopause apabila melihat keputusan ujian ini.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Penyakit, Uncategorized. Bookmark the permalink.

14 Responses to Bila Berlakunya Putus Haid (Menopause) ?

  1. faizah says:

    Salam, saya berumur 51 tahun. Sebulan dua ini jadual haid saya tidak menentu. Dan utk bulan 12 ini, tempohnya adalah lama (lebih kurang 2 minggu) tetapi dlm jumlah yang sedikit-sedikt (kebiasaannya tempoh uzur saya dalam 5 – 7 hari saja). Adakah saya dalam proses menopouse? Sekian, tk

  2. faizah says:

    Alhamdullilah jawapan puan sedikit sebanyak menghilangkan kegusaran saya. Walau bagaimanapun saya ingin mendapat kepastian. Adakah perkara biasa jika tempoh haid yang sedikit2 tu melebihi 2 minggu? Segala bantuan puan didahului dgn ucapan ribuan terima kasih.

    • zainura66 says:

      Faizah, oleh kerana aspek-aspek kesihatan raga,jiwa, rohani dan jasmani tidak seimbang, ini juga penyumbang kepada permasalahan kitaran haid yang tidak normal. Adalah agak janggal bagi sesetengah orang bahawa jika admin mengatakan menopause tidak akan berlaku bagi seseorang wanita yang normal serta sihat zahir dan batinnya. Begitu juga bagi kaum lelaki di mana penyakit mati pucuk (ED- Erectil Disfunction) juga tidak akan berlaku jika ia sihat zahir dan batin. Oleh kerana faktor-faktor persekitaran, makan minum, tidur baring dan beranak pinak yang tidak diwarisi dari orang yang terdahulu dari kita, maka berbagai penyakit yang timbul sehingga hal ini boleh berlaku.

  3. Salam puan, saya berumur 46 tahun. Saya mengalami kitaran haid yang tidak teratur sejak tahun 2011 iaitu 3 bln sekali. Saya telah membuat pemeriksaan doctor dgn ujian scan di kawasan abdomen dan peranakan saya.Tetapi doctor dapati keadaan rahim saya dlm keadaan baik dan tiada apa-apa masalah.Doktor telah memberi ubat dan seminggu selepas itu saya datang haid. Akan tetapi keadaan sedemikian berterusan sehingga ke hari ini.
    Untuk pengetahuan puan,saya juga ada mengambil beberapa jenis ubat tradisional seperti jus perawan D’herb,maixara dan vitamin. Saya mempunyai 6 org anak berumur antara 19-29 thn dan saya telah melahirkan anak bongsu saya pada thn 1994 secara pembedahan kerana mengalami masalah placenta.Apakah saya mengalami masalah pre menopause?

  4. rohana says:

    Adakah apabila kita sudah sampai ke tahap menopous kita tidakakan terkena kanser payu dara

    • zainura66 says:

      Rohana, menopause adalah di mana seseorang wanita itu tidak di datangi haid lagi serta hormon estrogennya telah berkurangan atau tidak ada lagi. Peluang untuk menyingkirkan toksin/ racun tubuh badan secara alami yang banyak bagi seseorang wanita ialah melalui haidnya. Dengan itu jika tidak didatangi haid lagi, bagaimanakah peluang penyingkiran racun akan berlaku selain dari buang air kecil/ besar, berpeluh dan sebagainya. Dengan itu, tanggapan anda jika menopause tidak aakan terkena kanser payu dara adalah tidak benar malah ini juga penyebab kepada ketumbuhan atau kanser sistem reproduksi iaitu rahim atau ovari. Wallahualam.

  5. Al says:

    Umur sy 32 thn..start umur 29 thn sy dh x dtg haid sedangkan sejak baligh haid sy teratur setiap bln.dktr pkr dh scan ovari n dapati ovari makin kecil..ujian drh yg prtama menunjukkan FSH sy tggi.dktr start bg pil progyluthon utk dtgkn haid sbb sy masih muda.ada x cara utk bantu sy?sy sedih klu sy dh msuk dlm kategori pramonopouse.bantu lah sy.trima kasih

    • zainura66 says:

      Al, agak sukar untuk membincangkan hal ini di sini sebab kitaran haid yang tidak normal boleh disebabkan oleh berbagai faktor termasuklah ketidakseimbangan hormon, terdapat sumbatan toksin di ruas tulang belakang ke bahagian sistem reproduksi anda, mungkin genetik atau pun anda mengalami masalah di sistem reproduksi itu sendiri. Sangat sukar bagi saya menentukan masalah anda dalam kategori yang mana satu sebab saya tidak pernah bertemu dengan anda. Boleh hubungi saya melalui email zainura.zulkifli@yahoo.com

  6. Pn. Eizzah. says:

    Salam. Puan, saya berusia 45 tahun dan mengalami sedikit tekanan apabila mengetahui suami saya menjalani buhungan kasih dengan wanita lain. Sekarang ini saya mengalami haid hampir 13 hari sedangkan kebiasaanya 6-7 hari sahaja.Saya amat tertekan terutama dibulan puasa yang kebiasannya dapat berpuasa seperti biasa di samping ibadah-ibadah yang lain.Apakah ini gejala tanda awal menopause atau gangguan perasaan yang saya alami. Terima kasih.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Pn Eizzah, saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi ini. Namun ini semua berlaku dengan takdirNya jua jika ia benar-benar terjadi tetapi dari segi syariatnya cuba puan telitikan masalah yang dihadapi dalam rumahtangga samada ada kekurangan dari segi layanan zahir dan batin atau ada perkara-perkara lain yang boleh membuat kasih sayang suami puan beralih arah.
      Kitaran haid puan sebegini adalah disebabkan ketidakseimbangan hormon akibat tekanan perasaan yang puan alami itu jika sebelum ini kitarannya adalah normal. Admin hanya boleh memberi sedikit nasihat kepada puan agar banyakkan istighfar agar hati puan sentiasa tenang. Prihatin kepada kesihatan diri adalah lebih penting dari memikirkan masalah suami yang kita belum pasti samada dia benar-benar mempunyai perhubungan dengan wanita lain. Tetapi jika ianya benar-benar terjadi hingga beliau bernikah, maka redhalah dengan ketentuan takdir ini. Mungkin suami puan masih mampu untuk beristeri lagi. Tidak ada gunanya menekan perasaan sendiri hingga menjejaskan kesihatan. Jika puan sakit, maka puan sendiri yang akan menanggungnya nanti. Maka berusahalah untuk mendapatkan ketenangan jiwa agar ia tidak menular kepada penyakit raga pula nanti. Wallahualam….

  7. nurhayati says:

    Assalam puan, saya berumur 52 tahun. Setahun yang lalu kedatangan haid saya tidak menentu kekadang 2/3 bulan sekali tetapi haidnya sedikit dan dalam 2 bulan ini haid saya melebihi 2 minggu kekadang lebih dari tempoh itu dengan haid yg sedikit (darah bercampur lendir). Keadaan ini merungsingkan saya terutama dalam urusan melakukan ibadah (puasa dan solat). Puan, persoalan saya adakah saya dalam proses menopouse? Penjelasan dan maklumbalas puan amat dihargai dan diucapkan terima kasih

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam nurhayati. Pelbagai penyakit suka hinggap pada usia 52 tahun. Ini merupakan gejala awal menopaus dan sakit puan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s