Kenapakah kelewatan haid berlaku di kalangan anak perempuan ?

Biasanya seseorang gadis akan mula mengalami haid pada umur di antara 12 tahun sehingga usia 16 tahun. Di dalam jangkamasa ini ia masih dianggap normal. Jika usianya telah mencapai 16 tahun dan masih belum datang haid, ia perlu mendapat pemeriksaan daripada doktor. Kegagalan turun haid ini mungkin berpunca daripada fungsi ovari atau kilang pituitari yang tidak normal.

Kelewatan akhil baligh mungkin disebabkan oleh kecacatan pada faraj atau perkakas peranakan sejak lahir. Kadang-kala berlaku di mana selaput dara menutupi keseluruhan lubang faraj (imperforate hymen). Dalam kaedaan ini gadis tersebut mungkin mengalami sakit perut setiap bulan tetapi haid tidak keluar.

Faktor lain yang boleh mempengaruhi keadaan ini ialah taraf kesihatan yang kurang baik dan masalah tekanan jiwa dan emosi yang teruk. 

Sumber : Dr Hamid Arshat (Pakar sakit puan)

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Penyakit. Bookmark the permalink.

7 Responses to Kenapakah kelewatan haid berlaku di kalangan anak perempuan ?

  1. jiha berkata:

    : : saya risau bln nieyy saya masih ta period lagi . last saya period bln 11 . saya risau sgt-sgt . saya pnya period mmg ta teratur setiap bln . sejak bln 9 saya period bergabung bln mksudnya akhr bln akn bergabung dgn awal bln dpn . last saya period 25.11-1.12 bln lps . akhr bln nieyy saya masih ta period . saya terlalu risau sebub dah nk akhr bln 12 . hari tu saya ada dapat mcm tanda-tanda nk period mcm sakit tulang belakang . tp saya tgk masih ta period . saya jd bingung . saya png kena situasi mcm niey sekali mase saya form4 . nieyy umo saya 18taon pn kena mcm tu lagi . taon lps ta ad plk kena mcm niey . taon niey kali kedua saya kena lagi . saya risau sampai uat ujian UPT 2kali bln niey tp kptsan nya tetap negatif dua-dua . dah nk akhr bln12 tp ta period lagi . saya risau sgt . apa yang patot saya lakukan ?

    • zainura66 berkata:

      Admin dapati ramai yang menghadapi masalah seperti ini dan ada juga yang malu untuk bertanya. Kitaran haid yang normal adalah di antara 28 hingga 35 hari. Jika haid itu datang kurang atau lebih dari masa yang disebutkan ini, maka ini menunujukkan gejala sakit puan. Faktor-faktor kepada gangguan kitaran haid ini ialah diantaranya :-

      1. hormon yang tidak seimbang – mungkin akibat tekanan dalam kehidupan yang melampau seperti stress semasa belajar atau masalah peribadi/keluarga. Nasihat admin agar Jiha banyakkan istighfar dan cuba cari ruang untuk tenangkan diri. Jangan terlalu emosi jika menghadapi sebarang masalah sebaliknya cuba sentiasa muhasabah dan selesaikan masalah yang dihadapi dengan rasional. Jika tidak boleh menghadapinya berseorangan, Jiha carilah sahabat (yang boleh dipercayaai) atau orang yang paling dekat dengan Jiha agar boleh meringankan beban Jiha tersebut.

      2. pemakanan yang tidak seimbang – Admin dapati ramai anak-anak muda yang tidak suka makan sayur-sayuran atau buah-buahan dalam menu pemakanan seharian. Sebaliknya ramai yang lebih suka makan makanan segera yang didapati dalam pasaran di mana kerap pengambilan makanan segera akan memudaratkan kesihatan. Ada juga yang meminati makan asam jeruk yang melampau serta minum minuman berais serta bergas!

      3. gaya hidup – beriadah sepeti melakukan senaman merupakan salah satu gaya hidup yang sihat. Kini ramai yang tidak minat dan alasan tidak mempunyai masa untuk bersenam. Senaman tidaklah semestinya berjogging sahaja. Malah, jika buat senaman ringkas di dalam rumah pun sudah memadai.

      4. sumbatan di bahagian pelvis – Besar kemungkinan juga Jiha menghadapi sumbatan (blockage) di bahagian pelvis (tulang sakrum) di mana bahagian ini penting untuk sistem peranakan (reproduksi) dan harus di urut untuk membuang sumbatan tersebut agar tidak memudaratkan lagi di masa hadapan.

      5. peranakan jatuh – maksudnya peranakan atau bahagian ari-ari perlu di urut (disengkak) untuk menaikkan balik samada pundi kencing atau rahim telah turun ke bawah. Jiha boleh cuba lakuka nnya sendiri dengan menggunakan kedua telapak tangan dan naikkan/ urutkan bahagian ari-ari tersebut.

      Setakat ini yang dapat admin nyatakan tentang permasalahan Jiha. Jika Jiha ingin mengajukan sebarang persoalan, bolehlah hantar melalui e-mail admin@wannura.com atau boleh layari http://www.wannura.com.

      Sekian, terima kasih.

  2. nur berkata:

    kenapa nk risau sangat sampai bt ujian upt kalau belum berkahwin&bersetubuh jiha?…cuba check dgn Dr,,mungkin sebab hormon x stabil je kot…

  3. susie sie berkata:

    Saya ada menghadapi masalah kitaran haid yang sangat teruk .. mula saya datang haid umur saya 13 tahun tapi.. semasa saya datang haid warnanya hanya warna coklat tidak macam orang lain warna merah sampai sekarang kitaran haid saya tidak normal sekarang umur saya 21 tahun .. saya sudah bjumpa dengan doktor bnyak kali tapi doktor hanya memberi saya ubat perancang sahaja.. saya rasa dengan saya ni bukan masalah horman sebabnya tak kn tidak dtang langsung… saya memang datang haid tetapi kitaran haid saya warna coklat .. apa yang patut saya buat??

    • zainura66 berkata:

      Susie sie, mungkin pada awal dari permasalahan anda ialah ketidakseimbangan hormon dan lanjut an daripada itu adalah faktor sistem tubuh badan anda yang telah diganggui oleh toksin terutamanya di bahagian sistem reproduksi.

  4. sutia berkata:

    Saya sah 14 tahun tapi belum datang haid…saya x sakit perut setiap bulan

Tinggalkan komen