Rawatan bagi Menopouse secara Moden dan Tradisional

Rawatan Dengan Ubatan

Untuk menyelesaikan masalah penurunan paras estrogen, doktor telah mencadangkan penggunaan terapi penggantian hormon (HRT). HRT ialah pemberian hormon estrogen dan progesteron. Terapi penggantian estrogen (ERT) merujuk kepada pemberian estrogen sahaja. Hormon biasanya diberi dalam bentuk pil walaupun kadang-kala ‘skin patch’ dan krim vaginal digunakan. ERT digunakan untuk mengelakkan kesan penyakit jantung dan osteoporosis. HRT untuk putus haid adalah masih menjadi isu kontroversi. Keselamatan jangkamasa panjang dan keberkesanannya masih menjadi kebimbangan.

Data yang ada masih tidak cukup untuk doktor mencadangkan HRT sebagai terapi yang terbaik untuk semua wanita yang putus haid. Beberapa kajian masih dijalankan untuk mengkaji kebaikan HRT. Dalam tahun 1940an apabila estrogen mula-mula digunakan untuk wanita putus haid, ia diberikan sendirian dalam dos yang tinggi. Selepas 50 tahun dalam percubaan, estrogen diketahui dapat meransang pertumbuhan dinding dalam uterus (endometrium) yang gugur semasa haid.

Pertumbuhan dinding ini yang berterusan akan mengakibatkan kanser. Pada hari ini, doktor akan memberikan estrogen dengan dos yang rendah. Namun, sesetengah doktor masih memberikan estrogen sahaja kepada wanita yang mempunyai uterus. Penggunaan progesteron dalam bentuk sintetik yang dipanggil progestin bersama estrogen lebih mula digemari kerana ia mengurangkan kesan bahaya estrogen ke atas uterus.

Progestin mengurangkan risiko kanser dengan menyebabkan peluluhan bulanan endometrium. Ini menyebabkan wanita yang putus haid masih mengalami pendarahan bulanan. Oleh itu, ini adalah satu keburukan dari penggunaan progestin. Terdapat juga beberapa kesan sampingan lain progestin iaitu kesakitan payu dara, kekembungan, kesakitan abdomen, keresahan, ketidakselesaan dan kemurungan. Kajian terbaru sedang dilakukan untuk menilai penggunaan estrogen berdos rendah bersama progestin dalam berbagai-bagai jadual untuk mengelakkan pendarahan bulanan.

Apa yang sedang diambil oleh wanita sekarang ialah apa yang dipanggil HRT berkitar. Mereka boleh mengambil estrogen secara berterusan dan progestin untuk 12 hari pertama setiap bulan. Selain itu, penggunaan kombinasi dos di mana estrogen bersama progestin dos rendah yang diambil setiap hari juga sedang dalam kajian. Secara teorinya, penggunaan progestin menggalakkan pertumbuhan endometrium supaya pendarahan tidak berlaku. Malangnya, ia mengambil masa 6 bulan atau lebih untuk pendarahan berhenti secara terus. Dalam kebanyakkan kes, pendarahan bulanan telah digantikan dengan pendarahan yang tidak tetap.

* Estrogen dan Tulang anda.
HRT dan ERT adalah kaedah yang berkesan untuk menentang osteoporosis. Seperti yang telah dibincangkan, estrogen menghalang kehilangan tulang tetapi tidak dapat membantu membina semula tulang. Penggunaan jangkamasa panjang estrogen (lebih atau sama dengan 10 tahun) diperlukan untuk mengelakkan kehilangan tulang selepas putus haid. Mengapa estrogen membantu melindungi tulang rangka masih menjadi tandatanya. Diketahui estrogen membantu menyerap kalsium yang diperlukan untuk kekal kuat.

Ia juga membantu menyimpan kalsium di dalam tulang dengan menggalakkan sel lain menggunakan kalsium secara lebih efisien. Sebagai contoh, otot memerlukan kalsium untuk mengecut. Jika kalsium yang diperlukan tidak cukup dalam peredaran darah, kalsium akan dipinjam daripada tulang. Kalsium juga diperlukan untuk pembekuan darah, menghantar impuls saraf dan merembeskan pelbagai hormon. Peminjaman kalsium tulang dalam jangkamasa panjang akan mempercepatkan kehilangan tulang. Inilah sebabnya penting kalsium diambil dalam kuantiti yang cukup.

* Kesan Estrogen pada Jantung anda.
Kebanyakan kajian klinikal menunjukkan behawa wanita yang menggunakan estrogen dapat mengurangkan risiko mengidap dan mati akibat penyakit jantung. Kajian pada tahun 1991 menunjukkan bahawa selepas 15 tahun pengambilan terapi estrogen, risiko kematian akibat penyakit jantung koronari berkurang sebanyak 50% dan kematian keseluruhan berkurang sebanyak 40%. Kesan ini adalah hasil kemampuan estrogen oral dalam mengekalkan HDL dan LDL pada paras seperti sebelum putus haid. Kesan ini juga adalah berikutan kesan langsung estrogen ke atas salur darah.

* Risiko penggunaan Estrogen
Risiko merbahaya : – angin ahmar – penyakit jantung – kanser payu dara – kanser salur kencing – penyakit hati – penyakit pundi kencing – penyakit pankreas – pembekuan darah – pendarahan vaginal yang tidak didiagnos Risiko yang berkaitan : – merokok – darah tinggi – ketumbuhan payu dara – ketumbuhan salur kencing – jangkitan pankreas – inflamasi endometrium – sawan – migrain – sakit kepala

* Risiko dan kebaikan HRT
Risiko : – mungkin menyebabkan simptom seperti sebelum haid – mungkin meningkatkan risiko kanser payu dara – mungkin mempunyai kesan sampingan lain yang tidak diingini seperti pendarahan vaginal, pengumpulan cecair badan, loya, kehilangan rambut, sakit kepala, kegatalan, peningkatan pengeluaran cecair dari kemaluan dan perubahan kornea mata.

Kebaikan :
– mengelakkan osteoporosis
– menghalang ‘hot flushes’
– memperbaiki emosi, tenaga dan perasaan gembira
– mengurangkan insomnia
– mengurangkan risiko penyakit jantung
– mengekalkan keinginan seksual
– mengurangkan risiko kanser usus
– meningkatkan tumpuan dan ingatan

Rawatan Lain
Kebanyakan wanita menggunakan rawatan sampingan seperti rawatan tradisional untuk masalah putus haid mereka. Sesetengah rawatan ini memberikan kebaikan namun ada juga yang merbahaya. Sekiranya anda ingin menggunakan cara rawatan tradisional, pastikan orang yang menawarkan rawatan ini adalah seorang yang profesional. Beberapa kaedah rawatan lain yang boleh digunakan ialah :

a ) Rawatan Herba
Teh herba atau ekstrak sediaan herba boleh digunakan untuk merawat simptom putus haid. Ia biasanya diberikan dengan mengambil kira nutrisi yang diambil. Sebagai contoh, pati rhizome daripada Black Cohosh iaitu sejenis pohon bunga kecil yang dijumpai di Amerika Utara dan didagangkan dengan nama produk Remifemin. Ianya boleh didapati di farmasi-farmasi berdekatan.

b ) Neuropati
Pakar neuropati percaya kepada kebolehan badan untuk sembuh dengan sendiri. Perhatian diberikan kepada diet dan penurunan tabiat buruk yang boleh mengurangkan keharmonian semulajadi badan. Kadang-kala nutrisi tambahan akan mereka cadangkan.

c ) Akupuntur
Prinsip asas akupuntur juga adalah berdasarkan keupayaan tubuh badan untuk sembuh dengan sendiri. Terdapat beberapa laluan tenaga di dalam tubuh badan yang juga diganggu dengan cara tertentu boleh mempengaruhi keseimbangan semulajadi badan. Pakar akupuntur menggunakan jarum untuk merawat proses terjadinya sesuatu penyakit.

d ) Homeopati
Ramuan homeopati turut mementingkan keharmonian tubuh badan. Ramuan diberikan untuk menghasilkan simptom yang hampir sama seperti yang sedang berlaku pada tubuh badan. Ini adalah untuk mempengaruhi tubuh badan supaya menyimpan keharmonian semulajadinya dan menghalang terjadinya sesuatu penyakit.

e ) Refleksologi
Pakar refleksologi percaya bahawa terdapat daya kehidupan yang mengalir menerusi sepuluh saluran di dalam badan bermula daripada ibu jari kaki. Tekanan yang dikenakan kepada kaki pada tempat-tempat yang berbeza akan meransang reflek yang mempengaruhi organ tertentu badan. Klik sini

f ) Hipnoterapi
Pakar hipnoterapi membantu mengurangkan tekanan dan kemurungan, membantu mengurangkan kebergantungan kepada alkohol dan merokok serta membantu mengawal simptom fizikal yang tidak mempunyai penyebab.

g ) Urut Terapi adalah satu kaedah rawatan yang terbaik untuk tubuh badan anda mengendur dan lebih relaks!. Ia mengurangkan tekanan serta menghilangkan kesakitan. Urutan juga meransang peredaran darah.

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

1 Responses to Rawatan bagi Menopouse secara Moden dan Tradisional

  1. collagen berkata:

    I all the time used to study paragraph in news papers but now as I am a user of net thus
    from now I am using net for content, thanks to web.

Tinggalkan komen