Kenapa anggota badan rasa kebas ?

Kita pernah mengalami rasa kebas, tetapi kita jarang memikirkan rasa kebas sebagai suatu tanda penyakit. Malah kita menganggap ianya pernah dialami oleh setiap orang.

Menurut Pakar Perunding Perubatan, Klinik Pakar Hospital Kuala Lumpur, Datuk Dr. Ismail Merican kebas pada istilahnya adalah perasaan kurang selesa atau ‘lemas’ terhadap pergerakan anggota badan yang kadangkala menyebabkan rasa sakit menyucuk-nyucuk di bahagian tertentu.

Jelas beliau, kebas dapat diklasifikasikan kepada dua keadaan. Pertamanya kebas yang disebabkan oleh urat saraf. Jika urat saraf tersebut mengalami gangguan seperti tertekan oleh badan kita, ia menyebabkan kawasan urat saraf berkenaan merasa kebas.

“Misalnya, apabila kita tidur, kadang-kadang tanpa kita sedari bahagian lengan kita tertindih oleh badan kita sehingga menyebabkan lengan kita merasa kebas apabila kita terbangun. Keadaan tersebut disebabkan urat saraf kita terganggu kerana lengan kita tertindih sehingga membuatkan aliran darah kita menjadi sempit. Keadaan itu menyebabkan kita merasa kebas.

“Begitu juga apabila kita duduk atau bersila terlalu lama, kita akan merasa kebas. Namun demikian, ia akan hilang apabila kita bangun dan bergerak. Kebas seperti itu adalah normal.

“Bagi mereka yang mengalami kemalangan kecil, mereka merasa kebas untuk sementara waktu. Jika mereka mengalami kecederaan yang teruk, kebas akan berlaku dalam jangka yang lebih lama. Jika terdapat anggota badan seperti tangan terputus langsung rasa kebas akan hilang kerana urat saraf telah terputus,” kata beliau.

Beliau menambah, “Keduanya adalah kerana berlakunya penyempitan saluran darah akibat cara pemakanan atau tabiat yang menjejaskan kesihatan. Orang yang mempunyai penyakit kencing manis, merokok dan kadar kolesterol yang tinggi akan mengalami kebas.”

Bagaimana jika rasa kebas terjadi bukan sebab hal-hal di atas? “Keadaan kebas juga boleh berlaku jika seseorang kekurangan darah, terlalu gemuk, wanita mengalami putus haid dan kadang-kadang orang yang kekurangan kalsium.

“Biasanya penghidap penyakit penyakit kencing manis merasa kebas di bahagian tangan dan kaki. Jika mereka sering merasa demikian, ia menunjukkan mereka terkena penyakit kencing manis tidak terkawal.

“Jadi tindakan awal perlu diambil jika seseorang merasakan tanda-tanda demikian. Antaranya ialah mengamalkan makanan seimbang seperti sistem pemakanan pyramid yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan. Pesakit sebaiknya mengurangkan mengambil makanan yang bergula, berlemak dan bergaram. Bagi mengurangkan kolesterol kita mesti mengurangkan pengambilan makanan berlemak dan sering melakukan senaman dan memakan ubat tertentu,” kata beliau.

Dr Ismail menjelaskan, “Orang-orang muda yang merasa kebas, mereka sebenarnya tidak perlu mengambil vitamin. Pengambilan makanan sayur-sayuran dan buah-buahan tertentu sudah mencukupi. Sumber makanan tersebut sudah cukup baik untuk membekalkan vitamin dan mineral yang diperlukan untuk badan.

“Pil vitamin hanya diperlukan kepada orang-orang sedang sakit, tidak berselera makan seperti orang-orang tua. Memakan makanan semula jadi sama ada ikan, sayuran dan buah-buahan lebih baik daripada pil vitamin. Malah makanan itu mengandungi banyak serat yang dapat mengelakkan kita terkena barah usus.

“Jika rasa kebas dialami oleh orang berusia 45 tahun ke atas, ujian akan dilakukan dengan teliti untuk meneliti sebab-sebabnya. Ia dijalankan bagi mengenal pasti keadaan pesakit tersebut jika dia dikaitkan penyakit-penyakit berbahaya.

“Bagi mereka yang tidak menghidap penyakit darah tinggi, kencing manis dan tidak merokok, kita akan cuba menyoal apakah makna kebas sebenarnya bagi mereka, adakah ia berpunca dari hal-hal lain yang menyebabkan kebas. Kadangkala kebas itu merupakan psikologi pesakit sahaja. Jika mereka mengambil sesuatu jenis ubat yang biasa mereka makan, rasa kebas itu akan hilang,” tambah beliau.

Apabila diajukan pertanyaan, adakah rasa kebas mempunyai kaitan dengan beberapa jenis penyakit? Dr. Ismail menerangkan, “Jika kanak-kanak sering mengalami rasa kebas ia berpunca dari masalah kekurangan darah. Rasa kebas juga boleh menyebabkan petanda kepada beberapa jenis penyakit. Jika seseorang itu merasa kebas sebahagian badannya dari kepala hingga ke bawah, ia menandakan seseorang itu boleh terkena stroke atau lama-kelamaan terkena angin ahmar.”

Di akhir perbualan, Dr. Ismail menjelaskan, “Jika diteliti dari kumpulan kaum yang terdapat di Negara ini, kita dapat melihat bahawa kaum India dan diikuti orang Melayu lebih mudah terkena kebas serta sakit jantung kerana kumpulan tersebut banyak memakan makanan berlemak, bergula dan bergaram berbanding kaum Cina.”

Sumber : http://bernama548.blogspot.com

About these ads

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Penyakit and tagged , , , . Bookmark the permalink.

184 Responses to Kenapa anggota badan rasa kebas ?

  1. Melisa says:

    Kenapa ya,kaki sering kebas dan tangan juga kebas??

    • zainura66 says:

      Ini adalah disebabkan oleh pengaliran darah yang tersekat daripada mengalir ke bahgaian anggota tersebut.

  2. Muhd Danial says:

    Salam, saya menghidap kencing manis selama 8 tahun, sekarang umur saya 38 tahun. Sejak 1 tahun kepala saya sering kebas, seperti ditekan dan urat dikepala juga sering rasa sakit. Ada doktor yg suruh saya membuat MRI untuk kepala..walaupun kadar gula saya tidak tinggi, saya juga sudah mengambil insulin sejak 1 tahun ini. Adakah saya patut membuat MRI TEST. CT Scan sudah dibuat tetapi tidak membantu.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Muhd Danial, setiap anggota tubub badan kita akan mengalami kebas jika darah tidak dapat mengalir dengan laancar. Anda mengalami sumbatan toksin di pangkal tengkuk anda yang membuatkan kepala menjadi kebas.

      • Muhd Danial says:

        Puan Zainura, terima kasih banyak2 untuk menjawab soalan saya, apa jenis rawatan atau ubat yg diperlukan untuk saya?

      • zainura66 says:

        Muhd Danial, anda mengalami penyakit diabetes yang agak kronik kerana terpaksa bergantung kepada suntikan insulin ke tubuh badan.Ini adalah disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semulajadi oleh badan, anda memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah. Organ pankreas anda tidak mampu menghasilkan hormon yang mencukupi untuk menukarkan gula kepada tenaga. Anda boleh mencuba secara tradisional bagi merawat penyakit anda ini.

        Pengawalan dan pengurusan Diabetes dengan secara teratur amatlah penting sekali. Pemakanan serta diet yang teratur, kesihatan dan rehat yang cukup juga amat penting. Anda jangan lalai kerana penyakit ini sangat sensitif dan boleh menjadi kronik yang akan kekal seumur hidup sehingga boleh kehilangan mana-mana bahagian anggota badan seperti tangan atau pum kaki. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:

        1) Penjagaan pemakanan dan berat badan

        q) Pemakanan- Lebihkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam diet seharian. Hindarkan makanan yang berlemak dalam sajian pemakanan seharian. Lemak tubuh, terutama lemak perut, meningkatkan rintangan insulin; keadaan di mana kemampuan sel-sel memberi tindakbalas (respon) kepada tindakan insulin dalam mengangkut glukosa (gula) daripada aliran darah ke dalam otot dan tisu-tisu lain dihalang. Amalan memakan madu lebah asli adalah penawar kepada penyakit zahir dan batin.

        b) Pengawalan berat badan – Kerap bersenam dan berkala dapat membantu menyembuhkan penyakit. Mulalah hari anda dengan senaman agar badan anda sihat dan kembali cergas. Kiraan BMI (Body Mass Index) adalah bagi mengetahui berat badan yang ideal untuk anda.

        2) Pengubatan dan rawatan secara tradisional

        a) Pengubatan - terdapat juga petua-petua lama tradisional bagi penawar penyakit kencing manis iaitu rempah halba. Halba, yang mempunyai potensi anti-daibetik setaraf kulit kayu manis, adalah salah satu rempah bernilai untuk mengawal metabolisma gula dan oleh itu menghalang dan merawat kencing manis diabetes type II.

        Halba mengurangkan rintangan insulin peringkat sel dan mengawal homeostasis gukosa darah. Halba telah dikaji yang hasilnya menunjukkan menurunkan paras gula darah sebanyak 46% pada pesakit kencing manis.
        Mekanisma yang belaku ialah:
        1- melambatkan proses penyerapan karbohidrat
        2- melambatkan pengangkutan gukosa
        3- melambatkan perut terasa kosong

        Halba meningkatkan bilangan receptor untuk insulin dalam sel darah merah dan juga menggalakkan tisu sekitarnya menggunakan glukosa.

        Selain itu halba juga meningkatkan paras antioksiden dan mengurangkan pemusnahan oksidasi lipid yang berkaitan diabetes.

        Biji halba juga tinggi fiber dan mengimbangi serta melambatkan penyerapan gula dalam intestin. Fiber mukilagin ini juga mengurangkan penyerapan lemak dan kolesterol dalam intestin dan olehitu memberi kawalan terhadap penyakit jantung dan obesiti/kegemukan.

        Cara pengambilan ialah dengan membuat teh halba, satu sudu teh dalam satu teko (sederhana) dengan air panas.

        b) Rawatan -

        i. anda boleh mencuba secara tradisional dengan kaedah urut terapi dan anda harus pastikan bahawa terapis (tukang urut yang berpengalaman) untuk melakukaannya sebab sumbatan yang terdapat dipangkal tengkuk perlu disingkirkan dengan berhati-hati agar darah dapat lancar kembali menuju ke kepala.

        ii. selain mengerjakan solat wajib 5 waktu, memperbanyakkanlah solat-solat sunat sebab gerakan-gerakan dalam solat menjauhkan kita dari penyakit. Kajian yang telah dibuat oleh para-para saintis telah membuktikan bahawa solat adalah untuk kesihatan rohani dan jasmani.

      • Muhd Danial says:

        As’kum Puan Zainura, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin…dari Danial Sekeluarga…saya mengucapkan terima kasih banyak2 pada Puan kerana sudi mengambil masa untuk memberi nasihat dan tunjuk ajar cara2 untuk mendapatkan rawatan.

      • zainura66 says:

        Waalaikumsalam Muhd Danial, Selamaat menyambut Hari Raya Aidilfitri maaaf zahir dan batin kepada anda sekeluarga. Semoga bergembira di hari raya dan berhati2 dalam diet anda ketika berdepan dengan juadah hari raya. Saya cuba memberi bantuan mengikut kemampuan yang ada dan jika ada menghadapi sebarang masalah, bolehlah bertanya. Insyaallah saya akan menjawab selagi saya mampu berbuat demikian.

      • Muhd.Danial says:

        As’kum, Puan Zainura…keadaan kebas kepala saya sudah menjadi semakin teruk, baru2 ni saya terpaksa melakukan MRI untuk mendapatkan kepastian, ( Kos MRI + Consultant RM764 di Hospital Columbia Asia Nusajaya Johor Bahru ), report menunjukkan ada tanda stroke 1mm tetapi Doc itu kata tak perlu risau sebab ini tanda stroke yg lama, tetapi kepala saya kerap kebas dan pening kuat dari dulu, walau pun dah buat CT Scan muka, ada Doc kata punca resdung kronik. Rawatan tradisional telah pun saya buat dengan mengggunakan mcm2 ubatan madu, minyak urut tetapi masih tidak selesai masalah saya. Sekarang Doc cadangkan untuk melakukan MRA dekat bahagian tengkuk untuk kepastian lagi, saya sendiri sudah menjadi rungsing memikirkan apakah punca sebenar, tapi ada juga tanda2 kebas bahagian tangan sebelah kiri dan sakit saraf kepala bahagian kiri. Buat masa sekarang saya sedang menjalani rawatan menggunakan Tilam Infra Red Teins yang berpusat di Tampoi Indah Johor Bahru. Kos rawatan RM20 untuk 1 jam. Ini hari pertama saya kesana, kalau ada apa2 cara lain saya berharap Puan dapat berkongsi dengan saya. Doc info kos buat MRA dalam RM1200, Kalau ada darah beku atau sumbatan di kawasan tengkuk terpaksa merujuk ke IJN kos rawatan dlm RM10000, kalau Private Hospital dlm RM60k keatas. Saya juga harap sesiapa yg dapat membantu cara perubatan blh info pada saya di email: danial.ikhwan51@gmail.com,

        terima kasih diatas segala nasihat dan info2.

      • zainura66 says:

        Waalaikumsalam Muhd Danial, kebas adalah menunjukkan pengaliran darah yang tidak lancar di kepala. Inilah yang menyebabkan kepala anda kebas, pening dan doktor mengatakan anda mengalami resdung. Dalam keadaan anda tidak tenang akan membuatkan masalah anda menjadi lebih kronik. Selain aliran darah yang tersumbat, anda juga mengalami urat saraf yang ketegangan sehingga menyesakkan nafas anda. Cuba bawa bertenang dan fikir rawatan yang terbaik untuk anda tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun.

  3. Bayu says:

    ibu saya mengalami sakit di peha sebelah kiri yang menyucuk selepas pembedahan appendix. apakah ia kesan dari pembedahan?

    • zainura66 says:

      Bayu,

      ada kemungkinan kesan dari pembedahan apabila ibu anda dibius terlebih dahulu. Ubat bius tersebut mungkin telah menyumbat saraf ke bahagian kaki ibu anda.

      • wani rahim says:

        Saya juga mempunyai masalah kebas atau rasa mencucuk di sebahagian paha selepas membuat pembedahan scoliosis. Adakah rasa itu akan hilang atau kekal? :(

      • zainura66 says:

        Wani Rahim, masalah kebas ini tertakluk kepada sumbatan toksin yang menyumbati di saraf tulang belakang atau di pelipat paha.

  4. rosmawati bt sulong says:

    kenapa ya tangan saya rasa kebas masa buat kerja je

    • zainura66 says:

      Rosmawati,

      tangan yang sering kebas adalah akibat sumbatan di ruas tulang belakang di mana saraf ke tangan telah tersumbat dan perlu disingkirkan.

  5. adda says:

    kenapa jari tangan dan kaki saya selalu kebas dan kekadang ia membengkak tanpa diketahui sebab nya…

    • zainura66 says:

      Adda,

      ada kemungkinan terdapat sumbatan racun tubuh badan berlaku di saraf tulang belakang yang mengganggu aliran darah ke anggota tangan dan kaki. Besar kemungkinan juga tanda-tanda awal diabetes ( kencing manis ) .

  6. fatimah says:

    Kenapa ya rada kebas dati kepala hingga ke kaki, tapi sebelah kanan

    • zainura66 says:

      fatimah, berapa usia sekarang ? Jika sebelah badan kanan kebas menunjukkan terdapat sumbatan darah di sepanjang ruas tulang belakang di sebelah kanan dan harus berbuat sesuatu sbelum keadaan lebih teruk lagi, maksud saya ia boleh mengundang stroke (lumpuh).

      • fadzli says:

        saya berumur 37 tahun,, kebas sebelah kanan,, atas ke bawah..
        doctor check keadaan normal,,,xde sakit,,
        siapa patut saya hubungi untuk teruskan perubatan,,, terima kasih

      • zainura66 says:

        Fadzli,

        kebas separuh badan adalah akibat pengaliran darah yang tidak lancar di sebabkan oleh sumbatan kotoran badan di saraf dan ruas tulang belakang bermula dari ruas tulang leher hingga ke tulang ekor (koksik) di sebelah kanan tubuh badan anda. Sesiapa pun yang patut anda hubungi adalah bergantung kepada pendirian anda sendiri samada ingin membuat rawatan secara moden atau pun tradisional.

        Peringkat awal kebas agak sukar dikesan kecuali penghidap itu sendiri dan ini merupakan tanda-tanda awal kepada stroke (lumpuh) jika kesihatan rohani, jasmani, jiwa dan raga tidak diberi perhatian sepenuhnya. Admin bukan cuba ingin menakutkan, tapi melalui pengalaman pesakit yang pernah ditemui sebelum ini.

  7. AuniAulia says:

    Salam, ayah saya berumur 55thn dan merupakan seorang pesakit kencing manis serta darah tinggi. dia sudah mengambil insulin dalam jangka masa 3thn dan penyakit ini sudah dikesan selama 5thn yg lepas. Masalah sekarang adalah ayah saya mengalami masalah kebas di bahagian kaki dan kemudian akan merebak ke bahagian atas badan lagi…dan tahap kekebasan yg dialaminya terlalu serius sehingga tidak boleh melakukan apa2 sehingga menyebabkan sesak nafas… dan kami hanya mampu meredakannya dengan urut bahagian kaki dan badannya dengan segera…Jika boleh dikongsi…adakah situasi ini juga merupakan salah satu sebab kepada kencing manis atau macam mana, dan bagaimana harus di atasi??

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalaam AuniAulia, penghidap diabetes adalah disebabkan oleh masalah perut bengkak di mana pamkreas tidak menjalankan fungsi dengan baik. Apa yang saya boleh sarankan ialah dengan mengurut perut ayah anda agar nafasnya tidak sesak dan pankreasnya boleh berfungsi dengan baik. Kaki kebas adalah gejala penyakit kencing manis yang kuat.

  8. Wani says:

    Saya baru berumur 25thn. Hampir seminggu separuh badan saya rasa kebas. tapak kaki hingga pinggang. Kalau berjalan kaki saya berasa letih terutamanya kaki kiri saya. Adakah ia sesuatu penyakit?

    • zainura66 says:

      Wani, masalah kebas di mana-mana bahagian tubuh badan adalah disebabkan oleh aliran darah yang tersumbat di bahagian tersebut terutamanya bermula di bahagian ruas tulang belakang. Masalah Wani ialah bahagian saraf ke kaki telah mengalami sumbatan toksin yang menyebabkan timbunan racun toksin tubuh badan telah berkumpul di situ. Sudah tentu ia memberi isyarat kepada Wani bahawa suatu penyakit telah mula timbul seperti bahagian sistem peranakan (rahim dan ovari), sistem perkumuhan (pundi kencing, saluran kencing) malah tanda-tanda awal sakit jantung. maka berhati-hatilah dalam penjagaan kesihatan harian.

      • siti says:

        Saya ada masalah yang sma seperti wani. Tetapi berlaku semasa saya datang haid iaitu sakit pinggang belakang dan terbaru ada rasa kebas dr tapak kaki kiri. ingin bertanya berkaitan penerangan doktor ” penyakit telah mula timbul seperti bahagian sistem peranakan (rahim dan ovari)”. adakah sebab itu saya sukar mendapat anak?

  9. hidayati says:

    Assalamualaikum..hari ni sy rasa sedikit kebas di bahagian kepala dan sakit tu berulang-ulang..knp ye?mohon pencerahan..

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam hidayati,

      kebas di bahagian kepala adalah akibat aliran darah tersumbat di pangkal tengkuk serta kurangnya oksigen ke otak. Sumbatan tersebut bergantung kepada aktiviti anda semasa itu.

  10. vee says:

    Assalam…ibu saya menghadapi masalah kebas sebelah badan kiri dari tangan hingga ke kaki sejak dari tahun 2008 lagi, beliau telah berjumpa doktor dan disahkan tidak menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung..persoalannya sehingga kini dr hanya mengatakan ibu saya menghidap penyakit saraf, betul ke? Ada tak cara untuk mengubati penyakit tersebut kerana saya merasa kasihan melihat beliau yang tidak boleh bergerak seperti dahulu hanya mampu duduk dan baring sahaja kalau berjalan pun tidak boleh bergerak dengan cergas…mohon pn beri penjelasan yg boleh melegakan saya..trima kasih

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Vee,

      apa yang diperkatakan oleh doktor tersebut adalah benar, ibu anda mengalami saraf yang ketegangan akibat sumbatan racun badan yang mengganggu kelancaran aliran darah dari kepala hingga ke kaki. Anda harus berwaspada kerana simpton ibu anda seperti menunjukkan tanda-tanda awal ke arah stoke di mana ibu anda mengalami kebas dari kepala sehingga melibatkan tangan dan kaki kiri. Tapi janganlah terlalu risau ibu anda masih belum terlambat untuk menerima rawatan terapi. Stroke berlaku bukanlah semata-mata akibat kencing manis atau darah tinggi; tetapi ia berlaku akibat daripada sumbatan saraf terutamnya ke otak dan sumbatan (blockage) tersebut tersumbat di bahagian otak yang akan mengakibatkan lumpuh bahagian tubuh badan. Jika sumbatan tersebut berlaku di otak kiri, makna lumpuh akan berlaku di bahagian kanan badan dan begitu juga sebaliknya.

      Anda hanya perlu pastikan ibu hilang kebas tersebut dan jangan biarkan ibu dalam keadaan tertekan tidak kira dalam apa jua situasi.

      • elya says:

        Salam,
        Saya nak bertanya..
        Kebelakangan ni bila saya mahu tidur..
        Jari tangan sehingga siku dan terutamanya jari kaki sehingga lutut mengalami kebas (terasa seperti mengembang) sehingga saya tidak mampu tidur..
        Nafas menjadi pendek dan saya kurang merasa panas bila disapu minyak urut yang paling panas..
        Kadang kala saya terpaksa menggaru anggota tubuh supaya sakit dapat mengalah kan kebas..
        Boleh saya tahu.. apa punca kebas ini dan bagaimana boleh saya atasi masalah ini?
        Terima kasih banyak3..

      • zainura66 says:

        Waalaikumsalam elya,

        biasanya apabila kita berehat, otak kita pun akan lebih tenang dan relaks; masa inilah selalunya kita akan dapat merasakan sebarang kesakitan atau gangguan pada tubuh badan kita. Bila kita sibuk berkerja di siang hari, otak kita pun tidak dapat memberi signal kepada tentang masalah tubuh badan yang dihadapi.

        Kebas merupakan akibat daripada pengaliran darah yang tidak lancar di mana-mana bahagian tubuh badan. Ini berlaku kerana timbunan toksin/ racun tubuh badan yang tidak dapat disingkirkan secara normal di bahagian tersebut sehingga ia membuat nafas anda menjadi pendek. Yang paling dikhuatiri jika nafas terputus !
        Nafas adalah nyawa, maka putus nafas….putuslah nyawa…

  11. Ammara says:

    Salam,

    Saya ingin bertanyakan soalan yang hampir 1 thn sy musykilkan. Begini, sy mula rasa kebas pada tapak kaki (hanya tapak kaki) sejak sy mengandung 5 bulan..dan sekarang ni sudah pun bersalin dan anak berumur 7 bulan. Tapi kebas di tapak kaki tidak pernah surut. Jadi amat sukar untuk saya memakai kasut ataupun selipar yang ada permukaan kasar/keras (terompah lagi sakit).Begitu juga kalau terpijak benda2 kecil, mesti akan menjerit kesakitan. Sebab bila kaki saya kebas, sudah tentu saya rasa semua benda pun seakan mencucuk tapak kaki saya. Gynea saya cuma nasihatkan ini adalah punca kekurangan kalsium, Tapi saya sudah pun mengamalkan makan pil kalsium dan minum susu berkalsium tinggi tapi masih sama.Saya rasa mmg tapak kaki sy sentiasa kebas dan x pernah surut.

    Terima kasih

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Ammara,

      Ada beberapa sebab terjadinya kebas pada tapak kaki. Pertama,kebas pada tapak kaki menunjukkan kesihatan anda agak terjejas dengan serius. Bahagian tapak kaki dari sudut refleksologi adalah bahagian kesemua organ-organ yang terdapat di dalam tubuh badan kita. Titik-titik atau zon-zon pusat saraf yang terdapat di hujung kulit tapak kaki menghubungkan ke bahagian organ. Itulah sebabnya terdaoat rawatan alternatif iaitu mengurut tapak kaki (Foot Reflexology).

      Kedua, kebas di tapak kaki juga merupakan gejala-gejala awal bagi penyakit jantung. Awasilah kesihatan anda agar tidak lebih mudarat lagi di kemudian hari. Adakah tubuh badan anda agak gempal ? Jika ya, usahakan untuk kurangkan berat badan anda.

      Ketiga, jika tubuh badan anda tidak gempal, ada kemungkinan terdapat sumbatan racun tubuh badan di ruas tulang belakang di bahagian lumbar hingga ke koksik yang mengakibatkan pengaliran darah tidak lancar ke bahagian sistem reproduksi dan ke anggota kaki.

      • Ammara says:

        terima kasih banyak2. tubuh saya masih dlm keadaan terkawal(he..he). tinggi 158cm dan berat 58kg.

  12. meita says:

    salam
    saya mau tanya,umur saya 27 th.sudah sekitar 8bln badan sering kebas,terutama di sebelah kiri,kadang2 kebasnya di sebelah kanan.sudah minum berbagai macam obat tapi belum sembuh juga.bahayakah!!!terima kasih.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam meita,

      apa jua tanda-tanda awal kepada penyakit jika dibiarkan berlarutan akan membahayakan kesihatan. Kebas badan menunjukkan aliran darah yang tidak lancar di bahagian otak dan otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Kebas ini juga menandakan anda mengalami masalah nafas samada ianya sesak atau pun pendek. Maka jagalah nafas anda agar tidak sesak dan pendek sebab nafas adalah nyawa; jika putusnya nafas maka putuslahnyawa pun kecuali ia adalah takdir dari Maha Kuasa.

  13. nurain chin says:

    Asalamualaikum saya ingin bertanya saya seorang guru dan berumur 33 tahun, kebelakangan in kedua dua tangan saya kebas badan kulit bahagian kaki dan tangan gatal dan menyebabkan banyak parut akibat gatal dan lambat sembut parut tersebut. saya belum pernah dan tak berani membuat ujian darah lagi.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam nurain chin,

      anda mungkin mengalami simpton diabetes. Dinasihatkan buat pemeriksaan agar penyakit tidak melarat.

  14. almy says:

    slm sis.saya nak tanya kaki saya kebas dari sebelah pinggan hingga betis sebelah kiri.. lutut kaki saya seolah olah tak bersambung.kejadian berlaku dari saya mengandung anak kedua , seterusnya slps 3bulan saya memakai perancang implanon…saya ingatkan selepas saya bersalin, benda itu akan hilang tetapi sampai anak saya masuk 2 tahun, sakit kaki saya ttp ada, walhal saya dah berurut dan mengangkat kaki tinggi semasa tidur..
    saya nak tahu adakah punca dari pemakaian implan tersebut. utk pgetahuan dok. slps pemasangan implanon ,haid saya tak keluar keluar dan badan saya berisi… tolong jawab dok..saya betul betul buntu…

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Almy,

      setiap ‘benda asing’ yang dimasukkan ke dalam tubuh badan kita akan memberi kesan sampingan. Dalam hal ini sememangnya haid anda tidak teratur disebabkan oleh implanon tersebut serta mengganggu hormon anda dan menyebabkan badan anda berisi.

      Otot dan ligamen di bahagian kiri anda telah mengalami gangguan akibat sumbatan toksin yang bermula di bahagian lumbar hingga ke koksik dan menyebabkan kaki anda kebas. Tubuh badan anda berpotensi menjadi tidak seimbang lama-kelamaan iaitu bahagian atas badan lebih besar dari bahagian bawah serta mengakibatkan anda mengalami masalah penyakit puan.

  15. almy says:

    dok boleh jawab tak kesan kesan pemakaian implanon ni,, terutama yang tak keluar haid

  16. azlinda says:

    Doc, sejak akhir2 ni…sy sering kebas….kadang2… Klu dulu bila dudu bersila akn rasa kebas tp skrg Sedang berdiri pun kaki blh kebas…smbil tgk tv dlm keadaan rileks pun tangan rasa kebas…tolong beri penjelasan…

    • zainura66 says:

      Azlinda,

      tubuh badan anda menunjukkan kesihatan yang menurun dan ke arah penyakit. Kebas adalah akibat daripada darah daging yang dicemari dengan kotoran serta memekatkan darah anda. Ini juga merupakan tanda-tanda awal kepada penyakit diabetes. Ada kemungkinan juga ruas-ruas tulang belakang anda telah tersumbat kuat terutamanya di sebelah bahagian anda berasa kebas tersebut.

      Tubuh badan anda memerlukan rawatan urut terapi bagi menyelesaikan masalah kebas ini.

  17. amane says:

    Salam.

    Saya sering kebas bahagian kiri anggota badan dari kepala sehingga kaki. Dah bertahun dah. Dalam setahun mungkin dalam 2 3 kali saya akan mengalami keadaan kebas tersebut. Adakala kebas yang mencucuk cucuk, adakala kebas yang menyebabkan skin receptor saya tidak memberi tunjuk balas. Kepala bahagian kiri saya sering sakit mencucuk cucuk. Dahi saya akan kebas. Kadangkala saya mengalami kesukaran untuk bernafas. Juga masalah pada pertuturan yang tidak teratur. Saya juga mengalami masalah short memory loss. Kadangkala, ketika bercakap, bahagian mulut juga akan merasa kebas. Semua ini berlaku bukan pada keadaan yang serentak, tetapi pada masa masa tertentu dan berulang-ulang. Dan semuanya berlaku dibahagian kiri anggota badan saya.

    Saya berumur 22 tahun. Dan seorang perempuan. Boleh jelaskan kenapa? Dan bagaimana mengatasinya?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Amane,

      mungkin anda akan berasa terkejut dengan penjelasan saya nanti. Dalam usia semuda anda, tidak seharusnya keadaan ini berlaku sebab apa yang anda hadapi sekarang ini adalah gejala-gejala kepada stoke (lumpuh) atau disebut angin ahmar. Dari kenyataan anda diatas, tahap kesihatan anda adalah terlalu kronik sehingga aanda mengalami keadaan tersebut. Berbuatlah sesuatu sebelum terlambat.

  18. noraliza says:

    Assalamualaikum..nk tny la,knp kadang2 rasa kebas kt kaki..pastu tangan,pipi kiri..telinga pn rase mcm tebal je..kadang2 kaki rase mnyucuk2..pg jmp dok just bg ubt saraf n urat,,mcm mne nk ubati dgn cara yg berkesan..

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Noraliza,

      masalah yang anda hadapi sekarang ialah sumbatan toksin (kotoran tubuh badan) di ruas tulang belakang di kepala hingga ke tulang ekor. Cara yang berkesan untuk menangani masalah ini ialah dengan mengendurkan urat saraf yang ketegangan, mencuci darah daging dari kekotoran, melegakan pernafasan serta mengimbangi kembali tenaga tubuh badan anda. Hanya kekuatan tubuh badan sahaja yang dapat menyembuhkan penyakit anda, insyaallah.

      • noraliza says:

        Terima kasih ats jwpn..mcm mne nk mngendurkn urat saraf yg ketegangan tu?dan mcm mne nk mncuci darah daging?ada ubatnya ke?klau ada ape ye dokter..sbb skrg pn sy klau wt kje lbh sikit jntung laju je..smpai mengah nafas..rajin berdenyut kapala n tengkuk..sy brumur 29thn..

      • zainura66 says:

        Sama-sama Noraliza. Untuk pengetahuan anda, saya bukanlah seorang doktor perubatan tetapi pengamal perubatan alternatif urutan terapi yang telah berpengalaman selama lebih 10 tahun.

        Usia yang baru menjangkau 29 tahun adalah masih muda lagi untuk menghadapi tanda-tanda awal stroke (lumpuh). Ini menunjukkan tahap kesihatan anda menurun agak kronik. Kaedah urutan terapi ini, melembutkan urat saraf yang ketegangan dengan urutan yang betul serta menggunakan minyak urut Wannura Terapi khusus untuk melembutkannya. Setelah urat saraf kendur/ lembut, barulah mudah untuk mencuci darah daging yang akan keluar dari liang2 roma agar kotoran tersebut tidak mengikut sistem perkumuhan yang mana akan membebankan buah pinggang anda nanti. Caranya ialah dengan menyapu minyak urut tersebut di bahagian yang bermasalah hingga kotoran akan keluar kehitaman (bergantung kepada tahap toksin tubuh badan anda). Kotoran inilah yang menyebabkan urat saraf tegang dan darah tercemar (kotor) serta menyumbat ke saluran jantung pula dan nafas menjadi sesak.

        Bahagian abdomen anda juga perlu diuruti bagi mengurangkan nafas anda menjadi sesak. Sekiranya anda melalui kaedah-kaedah urut terapi ini, insyaallah tenaga tubuh badan anda akan kembali sediakala.

      • noraliza says:

        Klau pkai detox patch kt kaki tu blh x?nk dpt kt mne myk terapi wannura tu?sy mmg x selesa ngn keadaan skrg ni..n kt tmpt sy,sy x tau kt mne ada tmpt urutan terapi..sy just urut ngn bidan kg je..sbln skali..

  19. noraliza says:

    Mnta pnjelasan dokter..tq

  20. noraliza says:

    Mcm mne nk dptkn urutan terapi n myk urut wannura tu?klau pkai detox patch kt kaki tu blh ke?

  21. azizah says:

    SAYA NAK TNYA,AYAH SAYA BERUMUR 66 DAN MENGHIDAP KENCING MANIS,SEJAK AKHIR2 INI KAKINYA TERASA SAKIT DAN KINI MELARAT SAMPAI KE PEHA DAN KINI PEHANYA PULA AKAN BERASA SAKIT DAN BISA, APA YANG PERLU SAYA BUAT YA? APA UBAT YANG PERLU SAYA AMBIL UNTUK AYAH SAYA YA?

    • zainura66 says:

      Azizah,

      penghidap diabetes (kencing manis) biasanya mengalami kebas-kebas pada anggota tangan atau kaki. Berapa lamakah ayah anda mengalami penyakit ini. Jika telah lama, ubatan yang diambil hanya boleh mempertahankan penyakit ini sahaja dan bukannya menyembuhkannya. Akibat terlalu lama pengambilan pil diabetes juga boleh menyebabkan kaki boleh menjadi sakit dan bisa dan ini juga merupakan gejala awal bagi penyakit jantung, wallahualam.

      • Indi Indra says:

        Indi Indra
        Sy hendak tanya. Saya berumur 35 th. Beberp th belakangan, tiap bangun tidur leher, dan punggung trasa kaku, apalg tidur kelamaan jd sangat sakit. Tp jika saya sudah berdiri, sakit itu akan hilang, hanya kadang sedikit trasa. Mohon kakak bs bantu saya. Trimakasih.

      • zainura66 says:

        Indi Indra,

        otot-otot anda ketegangan terutamanya selepas bangun dari tidur yang agak panjang. Tubuh badan anda haruslah dilembutkan bagi melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan anda.

  22. lelaki says:

    kenapa bila nampak org yg kita x suka tetiber tgn jadi ringan ?
    mcm nak penyepak je , mohon penjelasan

  23. as says:

    As salam…sy berumur 32 thn.tgn&kaki kiri saya selalu rasa kebas.sbelum hr ry aidil fitri br2 ni,sy ada rasa kebas bhgn kiri bdn & jg pinggang sy.sy pun pergi berurut.dlm 1mgu slps tu rs kebas saya pun hlg.skrg da 2 mgu rasa kebas ini datang kembali,tetapi kali ini dia dtg tnpa henti smpi saya xboleh nk tidur.utk pngetahuan,ank sy yg kecil br 1 thn 2 bln.adkh sbb kesan melahirkn bayi,bayi sy ini lhr berat 3.4 kg

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam As,

      bukanlah sebab berat bayi 3.4kg yang menyebabkan anda mengalami masalah kebas tubuh badan sebab ada yang melahirkan bagi lagi besar dan berat dari ini tidak mengalami masalah ini. Ini adalah akibat pengecutan otot-otot tubuh badan anda yang menyebabkan pengaliran darah tidak lancar.

  24. laili rohaila says:

    Slm..suami sy brumur 32thn..die mgalami kebas kaki dan tangan..ia blarutan hmpir 2mggu dan tidak dpt bkerja tpakse mgambil MC..die jga mgalami rse lenguh2 bdn n ltih..sblm kebas kaki dan tgn..die hmpir pitam d tmpat kerja..rawatan dan ubt ape yg ptut suami sy ambil..tq

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Laili Rohaila, peringkat kebas tubuh badan adalah apabila darah tidak dapat mengalir lancar ke bahagian anggota badan tersebut tetapi jika lenguh, ia telah melibatkan urat saraf.

  25. Wan Afzan bt Wan Ismail says:

    Assalamualaikum.. Puan, saya berumur 36 tahun dan berbadan besar. Saya sering mengalami rasa kebas di bahagian tangan kiri. Pernah juga merasa kebas di kepala. Di bahagian kaki pula, jika duduk bersila, akan merasa kebas. Apa pendapat puan tentang sakit yang saya alami ini. Dimana saya perlu mendapatkan rawatan ini kerana sudah lama saya mengalami keadaan sebegini.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Wan Afzan, tubuh badan menjadi kebas akibat pengaliran darah yang tidak lancar disebabkan terdapat banyak racun/ kotoran yang boleh menyebabkan darah pekat serta tersumbat di saraf tulang belakang. Timbunan racun tubuh badan anda harus disingkirkan dengan segera sebelum ia menjadi semakin parah kerana ia boleh menyebabkan stroke pada suatu hari nanti. Boleh menghubungi admin melalui e-mail admin@wannura.com untuk sebarang temujanji jika berhajat untuk membuat rawatan .

  26. razrmie says:

    As salam doktor .saya berumur 37 tahun kini saya sudah mula rasa kebas dari pinggang ke bawah sebelah kiri manakala tangan pula rasa macam kurang selesa terutama apabila mengangkat beban.juga sebelah kiri.apakah tandanya ini dan apa perlu saya lakukan.
    Terima kasih.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Razmie, kebas adalah menunjukkan pengaliran darah yang tidak lancar di bahagian anggota badan tersebut akibat daripada darah yg pekat kerana mengandungi banyak racun/ toksid. Urat saraf anda perlu dikendurkan dari ketegangan, darah daging perlu dibersihkan dan tenaga tubuh badan perlu diimbangi semula bagi menghilangkan masalah kebas tersebut.

  27. Diana Mohamed says:

    Salam,

    Saya nak bertanya sesuatu. Saya sedang demam sekarang tapi beransur pulih cuma tinggal batuk dan selesema sahaja. Jadi malam tadi sebelum tidur saya makan ubat selesema, ubat cairkan kahak & ubat batuk. Elok lepas saya makan ubat, saya dapat rasakan degupan jantung saya bergerak laju. Jadi saya tidak dapat tidur walaupun saya rasa mengantuk sangat akibat pengambilan ubat batuk itu. At the same time, tangan kanan saya pun kebas dan saya pergi ke cermin dan tengok gusi saya slowly tukar color
    purple biru. Kenapa eh? Ada ubat yang saya tak boleh makan ke?

    degupan jantung saya bergerak laju srcara

  28. fiza says:

    salam..sy fiza umur 28. blm brkhwn. tggi 144cm. dan berat 54kg..bkrja dipejbt hdp pc. sy seorang kidal..sjk bape bln ni sebaik trjaga dr tidur..tangan kanan sy akan kebas tapi akn hlg segera setelah mengerakn dan mengenggam tgn..skrg jari kaki kanan pon kerap kebas..syg biasa tdor mengiring samada kiri tau kanan.sy risau sgt.dl sy sukar tdo dan alami mcm sesak nafas n brdebar2. bile cek doc ckp sy stress n mkn ubt br lena..

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Fiza, dari penjelasan anda, masalah yang dihadapi ialah sumbatan racun tubuh badan yang menyumbati ruas tulang belakang dan mencemari darah daging serta ketegangan urat saraf dan tenaga tubuh badan yang tidak seimbang yang menyebabkan anda sukar tidur.

  29. zainura66 says:

    Waalaikumsalam Diana, akbat pengambilan ubat mencairkan kahak tersebut juga mencairkan darah anda serta menyebabkan degupan jantung laju . Gusi yang bertukar ke biru mungkin disebabkan darah di bahagian tersebut kurang oksigen .

  30. fyda says:

    as salam.. saya berumur 29thn..bru2 ni sya ade bt pembedahan carpal tunnel syndrome utk mgatasi mslh kebas di tangan.malangnya selepas 2 hari pembedahan saya rsa kebas di kaki pula.. mri & Xray menunjukkn normal. doc pkr othopedik x psti knapa saya kebas. untuk pgthn sya x ada kencing mnis. apa perlu saya buat?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Fyda, kebas adalah disebabkan oleh pengaliran darah yang tidak lancar. Dengan urut terapi mungkin boleh membantu anda.

  31. Nolin Nas says:

    As salam… Sy nak tanye, kenapa jari-jari dan tangan sy membengkak apabila sy berpeluh selepas bersenam.. Bengkak akn surut apabila peluh sy kering… Apakah yg sy perlu lakukan.. Mohon pandangan.. Terima kasih..

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Nolin Nas, anda mengalami masalah gejala buah pinggang. Bila berpeluh, anda perlu menggantikan air yang telah hilang dengan banyak agar tidak mendera organ tersebut.

  32. Lily says:

    tumpang tanya….sya berumur 38 thn. Setiap kali mngandung, sy akan mngalami kebas pd kaki dan tangan yg teruk. selepas brsalin biasanya rasa kebas sy akan beransur-ansur hilang. Tpi slps mlahirkan anak yg ke 3(2012) rsa kebas di kedua2 tgn sya msih ada hingga sekarang. Smasa ngandung, gula dlm darah sy agak tinggi…tpi lps bersalin bacaan kembali normal….mohon jasa baik puan menjawab persoalan sy ini…terima kasih…

    • zainura66 says:

      Lily, oleh kerana anda mempunyai rekod ‘gula dalam darah agak tinggi’ sebelum ini menunjukkan darah anda menjadi pekat akibat gula dan toksin yang tersekat di saraf tulang belakang ke bahagian tangan dan menyebabkannya menjadi kebas.

  33. aini says:

    salam..saya mengalami kebas bahagian tapak kaki dan adakalanya lutut saya rasa sakit..dah hampir seminggu tak berhenti..adakalanya rasa sedikit saja rasanya..tapi apabila saya memijak simen atau sejuk denyutan tu akan jadi kuat..adakah ianya disebabkan terlalu penat?disebabkan sebelum itu saya kerap kehulu kehilir dan kerap berdiri semasa aktiviti perkhemahan..

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Aini, kaki sememangnya merupakan penyangga bagi tubuh badan. Anggota kaki bukan hanya digunakan untuk berdiri, berjalan atau berlari sahaja bahkan ia adalah untuk menyatakan pendirian atau diri seseorang itu. Dari sudut refleksologi kaki (foot refelxology) pula kebas bahagian tapak kaki menununjukkan anda mengalami masalah dengan organ-organ di bahagian badan terutamnya perut, jantung dan buah pinggang.

  34. athirah says:

    Salam pn,sy nk tnya sy berumur 25 thn dan skg sy rase lenguh di kaki kanan bnde ni kerap berlaku hingga sy rase xselesa dibhgian pinggang dan belakang kanan..apakah punca nye ye pn..blh pn jelaskan..

    • zainura66 says:

      Waalikumsalam Athirah, anda mengalami gangguan saraf terutamnya di bahagian pinggang (toraks) hingga ke koksik . Sila rujuk rajah http://wannura.com/hubungan-ruas-tulang-belakang-dengan-tubuh-badan.html . Ini adalah akibat ketegangan urat saraf dan timbunan racun tubuh badan yang menyumbati ruas tulang belakang bahagia yang berkaitan.

      • athirah says:

        adakah ia akan mendatangkan kesan bahaya pd saya?dan apa yang perlu saya lakukan pn?

      • zainura66 says:

        Athirah, kebas merupakan peringkat awal kepada masalah sumbatan urat saraf tubuh badan dalam jangkamasa pendek, tetapi jika ianya dibiarkan berlarutan berpanjangan dalam jangkawaktu yang lama, ia boleh juga mengakibatkan strok (lumpuh) jika terlalu kronik hingga menyumbati darah di bahagian otak. Admin hanyalah seorang pengamal perubatan alteranatif dan komplementari di bidang urut terapi di mana kaedah kami melalui beberapa proses bagi mencegah penyakit iaitu dengan melembutkan urat saraf yang ketegangan, membersihkan darah daging atau kotoran tubuh badan yang tercemar oleh racun dan toksid, mengimbangi pernafasan agar sistem metabolisme anda kembali berfungsi secara normal serta mengimbangi tenaga tubuh badan zahir dan batin. Anda perlu membina kesihatan bagi mencegah penyakit.

      • zainura66 says:

        Athirah, mungkin pada peringkat awal kebas tidak merbahaya tetapi ianya akan mengganggu aktiviti seharian anda. Namun jika ianya dibiarkan berlarutan, ada kemungkinan akan menjejaskan kesihatan zahir dan batin anda.

  35. Hajar says:

    Salam, nk taye , sy bru berumor 23tahun tetapi mengalami kebas ibu jari tangan, ianya berlaku selepas sy membuat kerja mencuci kipas. adakah ini faktor sy mempunyai penyakit juga atau sekadar kebas biasa

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Hajar, ini hanya kebetulan sahaja anda mengalami kebas ibu jari tangan selepas mencuci kipas. Ada kemungkinan kebas ini merupakan gejala awal kepada penyakit darah tinggi. Semasa tangan anda berkerja, otak anda pun berkerja lebih kuat dari tangan anda !

  36. sue says:

    As salam….
    Puan…sy mohon penjelasan..sy mempunyai ank lelaki 6 thn,sering mengadu kebas dan lenguh di bahagian kaki,terutama betis (kiri dan kanan). Dalam sebulan mesti dia ada mengadu rasa lenguh,terutama waktu malam.Kadang2 sampai seminggu sekali..

    • zainura66 says:

      Waalaikumaalam Sue, budak-budak sekarang sangat mudah terdedah kepada pemakanan yang boleh memudaratkan kesihatan seperti makanan segera yang banyak mengandungi pengawit, pewarna dan perasa. Akibat daripada ini darah daging akan tercemar dengan kotoran dan racun yang mana lama kelamaan akan menyumbati urat saraf. Dengan itu akibat ketegangan urat saraf dan kotoran yang mencemari darah daging telah menyebabkan keadaan anak anda sedemikian.

  37. Siti says:

    Salam..saya sudah 3bln melahirkan anak. semasa hamil dan pantang,saya tidak rasa apa2 simptom lg. tetapi sejak 2minggu ni saya mengalami kebas tangan kiri 24jam sehingga “tidak ada rasa” . Sebelum ini saya sakit pergelangan tangan kanan tetapi tidak kebas. Saya sudah ubah posisi tidur,tidak membuat kerja berat malah saya baru sahaja mula bekerja setelah bercuti 3 bln. Saya tidak ada penyakit kencing manis @ darah tinggi. Adakah ini berpunca kerana makan benda2 sejuk?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Siti, tangan yang sakit bukanlah hanya disebabkan makan benda-benda sejuk sahaja seperti minuman berais, sayuran jenis menjalar seperti kangkung, kacang panjang dan sebagainya. masalah yang anda hadapi ialah saraf yang ketegangan yang menyebabkan sumbatan oleh racun badan di urat saraf ke bahagian tangan. Adakah anda bekerja makan gaji atau berniaga sendiri ? Ini mungkin ada kaitannya dengan masalah yang dihadapi. Besar kemungkinan juga anda menghadapi masalah di payudara.

  38. alia says:

    Assalam…sy mengalami msalah kebas 1 badan..kdang2 sy x ley tidur kerana kebas nie..di maklumakn sy melakukan 2 kerja( siang kerja kerani & mlm kerja promoter)..soalan sy adkah kebas ini disebab kan sy merlakukan 2 kerja? & bagaimana nk mehilangkan rasa kebas nie?

    • zainura66 says:

      Waaalaikumsalam Alia, masalah yang anda alami sekarang ialah ketidakseimbangan di antara jiwa dan raga. Atas faktor ketidakseimbangan inilah yang akan membuatkan urat saraf anda ketegangan dan seterusnya mengganggu organ-organ tubuh badan berfungsi secara normal sehingga membuatkan darah daging dicemari dengan kotoran dan racun yang tidak dapat disingkirkan dari tubuh badan, pernafasan anda pula akan menjadi sesak dan lemas serta akhirnya tenaga tubuh badan menjadi lemah. Itulah yang menjadi punca kepada permasalahan anda hingga menyebabkan kebas seluruh badan. Awas, jangan biarkan sehingga anda mendapat strok/ lumpuh dan akhirnya anda tidak boleh membuat sebarang pekerjaan langsung !

      • alia says:

        Jadi apa yg harus saya lakukan atau makan sesuatu untuk sy hilang rasa kebas ini

      • zainura66 says:

        Alia, anda boleh melakukan senaman atau membuat rawatan tradisional, alternatif/komplementari seperti urut, bekam, akuapunture dan sebagainya serta mengamalkan makan madu lebah asli yang semulajadi bagi masalah anda ini.

  39. dila says:

    Assalam
    Sya ibu muda ber umur 27 mempunyai 4 orng ank
    Sya mengalami kebas di pipi knan dn kri serat mulut
    Tangan kanan juga mengalami kebas yg tidak hilng seprti di pipi
    Kepala pula sering sakit
    Apabla mkan ubat panadol msh x hilng sakit kepala
    Apakah pncanye dn bagaimana rawatan yg hrus dilakukn

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Dila, masalah yang anda hadapi adalah sumbatan di bahagian tenguk ke kepala hingga menyebabkan ia menjadi sedemikian. Anda harus berbuat sesuatu bagi memantau masalah ini dengan segera.

  40. anna says:

    salam
    kenapa sering terase kebas di bahagian dahi? da pape masalah kesihatan ke?

    • zainura66 says:

      Anna, kebas merupakan pengaliran darah yang tidak sempurna di mana-mana bahagian tubuh badan. Berbuatlah sesuatu.

  41. naim bin hussin lee says:

    Salam…doktor, saya nak tanya..bila berjalan peha dan betis saya mesti berasa kebas seperti mencucuk…sebab apa yer…….

    Saya

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Naim, saraf di ruas tulang belakang ke bahagian tersebut telah disumbati oleh toksin dan menyebabkan aliran darah tidak lancar.

  42. 38202020 says:

    Salam..usia saya sekarang 58 tahun berat badan 63 kg..baru dua bulan yang lalu saya mula mengidap kebas tapak tangan dan tapak kaki..ia nya berlaku semasa saya baring atau tidur walapun hanya beberapa minit sahaja..adakah saya mengalami sakit urat saraf atau akan dapat stroke seperti mana penjelasan dalam forum soal jawab dari pengunjung disini.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam, kebas tangan kaki adalah akibat sumbatan kotoran tubuh badan di ruas tulang belakang yang bermula dari saraf tangan hingga ke kaki serta ketegangan urat saraf. Ini merupakan gejala kepada penyakit seperti kencing manis dan tidak semestinya strok. Jika is dibiarkan berlarutan, ada kemungkinan kotoran ini akan menyumbati saluran darah di otak dan ini akan mengakibatkan strok.

      • Rina says:

        Assalammualaikum. Saya juga mengalami kebas ketika baring atau ketika hendak tidur. Tetapi saya mengalami kebas seluruh badan. Pada ketika itu saya masih sedar cuma saya tidak dapat berbuat apa2 kerana badan saya tidak dapat bergerak. Apakah punca nya?

      • zainura66 says:

        Waalaikumsalam Rina, jika keseluruhan tubuh badan anda merasa kebas bermakna saraf di ruas tulang belakang telah disumbati oleh racun badan dengan agak teruk hingga mengganggu aliran darah ke setiap sistem tubuh badan itu sendiri. Maka berhati-hatilah dan jaga kesihatan diri.

      • AMINN says:

        Assalamualaikum umur saya 17 tahun , kebelakangan ni badan saya dari muka bahu, tangan sampai lah ke kaki sebelah kiri sering terasa kebas . Apakah itu normal bagi umur macam saya?

      • zainura66 says:

        Waalaikumsalam Aminn, adalah tidak normal jika mengalami kebas separuh badan tanpa mengira usia lebih2 lagi seperti usia semuda adik yang baru 17 tahun. Adik mengalami sumbatan ruas tulang belakang sehingga mengganggu kelancaran aliran darah tubuh badan. Perlulah berbuat sesuatu sebelum ia menjadi semakin parah ……

  43. ni says:

    Salam saya berusiac48 tahun saya hendak bertanya kenapa tangan kiri saya merasa kebas2 kadang2 kekaki kadang 2 kedua tangan dan kaki kebas bagaimana cara merawat dengan cara moden dan teradisional.apa yg perlu saya lakukan .dan apa obat yg perou saya makan. Terima kasih.

  44. ina says:

    Salam.arini br tjdi kr sy,tgn sy kebas smpai 1 tgn kanansyxnk bgerak.sy pkse gk tgn sy bgrak..guhuhu sy tkut…sblm ni kebas2 cmtu je….arini kebas smpai tgn sy xboleh bgerak…berlaku sms tgh tdo…tbe2 terjage n tgn sy rs xboleh bgrak…Allah……tkut….ap sy nk buat?adekah keadaan ini btrusan? Huhu

  45. nabilah says:

    salam,doktor.saya nak tanya,ayah saya belakangan ni selalu rasa kebas di bahagian mulut..kalau boleh saya tahu apakah sebabnya?adakah ia berbahaya? terima kasih..

  46. ina says:

    Doctor saya nak tanya kenapa jantung saya berdegup pantas apabila saya makan jamu…adakah ia berbahaya untuk saya?

    • zainura66 says:

      Ina, anda perlu tahu bahan kandungan yang terdapat dalam jamu tersebut. Ada kemungkinan ada di antara bahan yang terdapat di dalamnya adalah untuk mencairkan darah atau mendetoksifikasikan kotoran tubuh badan anda, ini menyebabkan aliran darah laju dan membuatkan degupan jantung anda pantas.

  47. marhani subah says:

    salamualaikum doktor,saya marhani dari sabah,umur saya 34 thn,dlm seminggu ini badan saya rasanya kebas paling kuat tangan kiri rasa xselesa doktor,cek darah pagi tadi ok 124 d bawah 83 boleh doktor bagi tau ubt yg harus d makan .makasih.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Marhani, kebas adalah akibat pengaliran darah tidak lancar dalam tubuh badan anda. Anda mengalami sumbatan toksin di bahagian tulang belakang kiri badan anda terutamanya di bahagian atas (tangan/ dada).

  48. MOHD NASIR BIN OTHMAN says:

    Salam. Saya berumur 35 tahun. Sekarang kaki saya terasa kebas selalu. Kadang-kadangtu bila semut gigit, ia menjadi nanah. Adakah ini petanda kencing manis atau sebagainya.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam En.Mohd Nasir, kaki kebas adalah punca sumbatan racun tubuh badan yang berlonggok di ruas tulang belakang ke bahagian kaki. Nanah apabila digigit semut itu sudah menunjukkan antibodi anda kurang daya tahan akibat toksin yang banyak di tubuh badan anda.

  49. abdullah says:

    Sy berusia 29th sy pernah 2x kebas dan jem (krem) semasa dlm tidur dan akn terjaga tapi tk boleh bergerak ddlm 2minit akn kemnali normal

    • zainura66 says:

      Abdullah, saya hanya dapat memberi cadangan kepada anda untuk mencari terapi urut lelaki yang terlatih untuk memantau masalah yang anda hadapi ini. Segeralah bertindak sebab kebas sebegini adalah tanda2 awal kepada stroke.

  50. Wan Azrin says:

    Salam, sy disahkan mengidap kencing manis tahun lepas. Tapi baru-baru ini sy telah kena slip disk yg menyebabkan tidak boleh duduk dan berdiri serta kaki kiri kebas dan sakit seperti kejang otot. Setelah mendapatkan rawatan lebih kurang 3 mggu di hospital. Sy telah boleh duduk dan berdiri. Yang menjadi kemuskilan kaki sy masih lg merasa kebas di tapak kaki. Adakah perkara ini bersangkutan dengan penyakit kencing manis saya.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Wan Azrin, merasa kebas di tapas kaki ada juga kaitannya dengan kencing manis dan ia juga ada bersangkutan dengan masalah jantung ( mungkin peringkat awal). Besar kemungkinan juga ia hanya sumbatan toksin di ruas tulang belakang di bahagian kaki yang menyebabkan rasa kebas di tapak kaki.

  51. shahrul says:

    Assalam, saya berumur 38 tahun, saya mengalami rasa kebas di jari manis dan kelingking, pernah 2 kali tangan kanan saya tak boleh bergerak dan apabila saya genggam banyak kali tangan baru rasa macam darah mengalir semula. Kekadang ada rasa bawah kulit seperti bergerak-gerak terutama di sisi kaki kanan (bawah). Adakala di bahu dan lengan. Saya telah mendapatkan rawatan pakar untuk sakit tulang belakang (telah buat MRI Scan) tiada slipped disc atau disc prolapsed. Saya telah buat ujian jantung dan didapati tiada masalah. Saya telah buat ujian darah sebanyak 3 kali dan juga tiada masalah termasuklah kadar kolesterol saya rendah. Walaubagaimanapun, apa yang merunsingkan saya ialah kenapa tangan kanan saya lenguh (kadang-kadang), kaki kiri saya, sakit dibawah peha kiri dan kanan seperti urat tegang. Saya juga buat urutan sebanyak 4 kali namun masih tiada perkembangan yang boleh dibanggakan. Mohon penjelasan daripada puan.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Shahrul, jika anda telah berurut sebanyak 4 kali, saya rasa sudah memadai untuk menghilangkan ketegangan urat jika dengan kaedah yang betul dan sesuai dengan anda. Jika anda kata masih tiada perubahan bermakna urat saraf anda masih ketegangan lagi. Bukan itu sahaja, sepanjang ruas di tulang belakang (spinal cord) anda dari bahgian tangan ke bahagian kaki masih mengalami sumbatan toksin hingga menyebabkan lenguh Dan darah daging anda yang tercemar dengan kotoran/ toksin juga membuatkan anda berasa begitu runsing. Carilah terapis yang mahir bagi membantu menyesakkan masalah anda.

  52. afidah bt aziz says:

    assalamualaikum… mulanya hanya 3 jari kaki kanan terasa kebas dengan tiba2 wlupun sedang berjlan atau “free”. rasa sakit di betis dan peha sebelah kanan jgk seolah2 “krem”.. kepala sebelah kanan jugak kebas dan sering sakit… jari tangan kanan jugak sering kebas. wat masa ni kencing manis tiada , tekanan darah pun alhamdulillah… cuma doc kata ada kencing kotor dan batu karang…

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Afidah, dari fakta yang anda berikan, anda mengalami sumbatan saraf di ruas tulang belakang di sebelah kanan agak teruk. Mungkin ini juga simpton/ gejala kepada kencing kotor dan batu karang. Anda boleh amalkan minum air barli (rebus sendiri) setiap hari bagi menangani masalah anda ini.

  53. elyza says:

    assalam….sy penghidap penyakit sendi urat saraf.. sejak akhir2 ini sy selalu merasa kebas …dari tapak tgn kiri hingga kaki sebalah kiri….kemudian br sebelah anggota bdn kanan…sejak sy selalu kebas penglihatan sy juga menjadi kabur….apakah ini cume kebas biasa shj….?

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Elyza, besar kemungkinan anda mengalami penyakit diabetes selain dari sumbatan saraf tunjang yang teruk hingga menyekat aliran darah sampai boleh menjadi kebas tubuh badan.

  54. am says:

    Assalamualaikum saya berumur 30 tahun, kaki dan tangan kiri saya berasa kebas kadang -kadang. Saya juga merasa susah sedikit untuk bernafas dan kepala rasa ringan serat berasa leher seolah tersumbat. Sebelum ini juga jantung saya berdegup lemah. Ujian ECG telah pun saya buat dan ianya tiada apa2 masalah. Saya juga sudah membuat ujian darah dan air kencing. Hasil ujian tiada darah tinggi, kencing manis atau pun sakit jantung. Untuk pengetahuan saya juga tidak merokok. Bolehkah saya tahu apakah masalahnya.? Terima kasih Tuan.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Am, rasa kebas anggota tubuh badan adalah tanda-tanda awal aliran di tubuh badan anda disumbati oleh racun tubuh badan / toksin. Bermula dengan peringkat awal (sumbatan) toksin di saraf tunjang lama kelamaan akan timbul pula penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, kanser dan sebagainya apabila darah yang ‘sihat’ tidak sampai ke organ-organ tubuh badan yang berkaitan sehingga menyebabkan penyakit2 ini timbul.

  55. Jasmy says:

    Salam,saya berusia 38 tahun dan telah melahirkan anak kedua saya 6tahun lepas.semasa bersalin ,peha kanan saya telah di suntik dengan sejenis ubat ya saya kurang arif ttg fungsinya.masalah saya ialah selepas suntikan tersebut kaki kanan saya mula menjadi kebas dan terbaru saya dapat rasakan seolah olah rasa kebas ini telah merebak ke tangan kanan saya juga…saya telah berjumpa dr tp masih kebas…saya sangat berharap dr.boleh menasihati saya.terima kasih

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Jasmy, kebas adalah akibat daripada sumbatan racun tubuh badan di ruas tulang belakang terutamanya ke tangan dan kaki anda. Ubat pelali tersebut mungkin untuk mengurangkan kesakitan ketika bersalin. Tujuan suntikan ini pun bagi ‘melumpuhkan’ saraf buat seketika bagi mengurangkan kesakitan anda alami ketika itu. Ada kemungkinan ubat sintetik tersebut telah mengganggu aliran darah di tempat tersebut.

  56. liza says:

    assalamualaikum doc,
    saya nak bertanya, saya kebelakangan ini sering mengalami rasa pening sedikit, apabila mencangkung dan berdiri dengan pantas saya terasa seperti nak pitam, tubuh saya pula sering rasa lemah, bahagian punggung pula kadang kala terasa kebas, bolehkah saya tau, apa masalahnya

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Liza, sebenarnya saya bukanlah seorang doktor perubatan tetapi pengamal tradisional di bidang urut terapi yang berpengalaman lebih dari 15 tahun. Dari pengalaman merawat pesakit sebegini biasanya adalah berpunca daripada sumbatan racun tubuh badan (toksin) di saraf tunjang bermula dari pangkal tengkuk (otak) yang bersambung terus hingga ke koksik (tulang ekor) kaki.

  57. azman sulaiman says:

    Ayah saya menghidap penyakit kencing manis tahap 3 rasanye. Dimana dia harus menyuntik insulin pada masa2 yg ditetapkan. Dan sejak kebelakangan ini dia ada mengalami sakit pada kedua dua belah peha. Dimana ia menyebabkan dia amat susah untuk berdiri. Dan apabila dia bertahan cukup lama, dia sudah boleh berdiri dan bertahan. Tetapi ia menjadi sukar kembali apabila dia ingin duduk ataupun baring. Apakan menyebabkan ia berlaku dan adakah ubat didalam pasaran yang boleh digunakkan bagi mengurangkan sakitnya ini tadi. Minta jasa baik berikan penerangan..

  58. damia exora says:

    salam..sye seorg yg brbdn bsr,bl dduk brsila lme2 psti akn rs kbas.apa yg wt sye rsau dh 3 ari blkg kple sbh knn n rs kebas.kdg2 rs kebas tu smpi dmuke dan tlnga.sye d search kt intnet psl pnykit bells palsy tp lum ade tnda2 lg cume kebas2 j.sye rsau dan tkot klu tb2 diserang pnykit n.sye cme nk tau adkh n slh sa2 tnda b/palsy or pnykit ln..tlg sye

  59. rahayu apandi says:

    Salam pn.zainura… nama saya ayu…saya berumur 35thn… masalah saya ialah saya akan merasa kebas terutamanya di kaki & tapak tangan apabila saya demam… boleh puan beritahu saya apa puncanya & cara utk hilangkannya… terima kasih.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Rahayu, demam merupakan salah satu cara tubuh badan kita menyingkirkan racun/ toksin. Jika berlaku kebas, ini merupakan masalah toksin yang banyak dirembeskan keluar tetapi masih terperangkap di saraf tulang belankang dan menyebabkan kaki tangan kebas. Cara yang anda harus lakukan ialah dengan melembutkan urat saraf yang ketegangan, membersihkan tubuh badan dari kekotoran, membetulkan pernafasan dan juga mengimbangi tenaga tubuh badan agar kembali kuat.

  60. daun says:

    Assalam..maaf sya mhu Tanya skit..knpa sy kd2 mnglmi mslh skit kpla..kbas slrh anggta bdan trmsuk lidah ,..mata mnjd kabur scra mmnddak..ckp pon kdg2 xbtul Dan lmbt.,,.

  61. Assalammualaikum…saya nak tanya tentang penyakit yg saya alami ni sepertimana yg telah di nyatakan di atas..saya mengalami sakit pada bahagian belakang pinggang di sebelah kiri..begitu juga di bahagian ari ari..dan saraf sebelah kiri..sampai kepala saya rasa perit dan kebas…lidah juga di sebelah kiri rasa kebas sejuk…anggaran sejak dari 2001 sehingga sekarang…bila saya buat pemeriksaan doktor di klinik2..mahu pun hospital mereka tidak dapat mengesan apa penyakit saya yg sebenar…kaedah perubatan yg pernah saya jalankan di hospital seperti…ultra sound..x-ray…masih tak dapat mengesannya…saya juga ada buat kaedah perubatan kampung…dan khidmat ustaz2…saya bingung…kerana saya terpaksa menanggung penderitaan ini..dan saya rasa tak tau nak buat apa lagi…di manakah tempat saya yg betul betul sesuai untuk di ketengahkan…saya minta tolong sangat2 pada sesiapa saja yg dpt kiranya memberi info…atau pandangan untuk saya…sampai saat ini saya masih lagi menanggung penyakit ini…

  62. Alinah Tamat says:

    Assalam puan.saya ingin btanya tentang tangan saya ..trasa kebas kdua2 belah tngn kiri dn kanan , rasa2 dah ada sebulan. Puaslh saya gengm..goyang2 n buat senaman tngn…adakh ini ksan drp sakit darah tinggi saya. Saya seorng guru.Umur saya 50 th n tlh menopouse.. jadi ap yg patut ssya lakukn..

  63. fadhilatul says:

    salam dr, saya berumur 23 tahu dan masih belajar tapi banyak menghabiskan kerja di pejabat. dalam 2 bulan ini bahagian perut sebelah kiri saya kerap menghadapi kebas atau kesemutan. boleh dikatakan hampir setiap hari, bila saja saya duduk saya akakn rasa kebas. kenapa ya dr? takut jadinya. ini menyebabkan saya mengalami sakit belakang juga.

  64. Mazinah says:

    Assalamualikum,,

    Saya berumur 53 tahun. Dua minggu lepas saya terpijak paku dan mndpat suntikan 6 jam selepas terpijak, Saya juga diberi ubat antibiotik. Kaki saya tidak bengkak @ sakit pd wktu itu. Sehari dua ini saya merasa kebas jari dn tpak kaki, saya penghidap kencing manis dan kolestrol. Adakah kebas itu berpunca dari paku atau penyakit tersebut. Mohon pencerahan. Terima Kasihh….

  65. ramsey says:

    Assalam…saya berumur 40thn ambil ubat kolestrol..sya nak tanya kenapa kaki tangan kadang-kadang kebas, tapak kaki sebelah kiri pun kadang -kadang sakit. bila tidur malam saya sering menggeliat..terima kasih.

  66. marizan says:

    slm..sy bmslh kshtn slalu hanyut kpala di ikuti rasa lenguh2 di sluruh bdn terutama bhgian pinggang n betis. sejak kebelakangn ni rahang selalu rasa tegang n kkdg lidah kerap rasa seakan kebas n lenguh2 dan mganggu kelancaran prcakapan sy. keadaan ini beransur reda bila slps sy trbgun tdo. mulut n lidah jg kerap trkena ulser.sy kerap bjmpa doktor dan slalu buat ujian darah n smua result dlm baik. hrp puan dpt bantu sy. t,ksh

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Marizan, dari maklumat yang puan berikan masalah dihadapi ialah tubuh badan puan yang banyak racun/ toksin yang menyebabkan sumbatan di saraf ruas tulang belakang hingga mengganggu aliran darah ke organ serta anggota tangan dan kaki. Cubalah ikhtiar untuk pulihkan keadaan ini.

  67. asihbako says:

    Assalamualaikum dok,
    Apakah penyakit diabetes ini dpat disembuhkan? Ibu saya menginap diabetes kuranglebih sejak 6btahun yg lalu, umurnya sekarang 45 tahun.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam asihbako, Allah swt memberi keyakinan kepada umatNya bahawa tidak ada penyakit yang tidak boleh diubati kecuali maut …..

  68. alfa says:

    Saya penghidap kencing manis dan darah tinggi
    ibu jari kaki saya sebelah kiri kebas sudah 3hari
    apakah sbb nya
    bagaimana mengatasi nya
    ada tak ubat dr pihak tuan
    teruma kasih

    • zainura66 says:

      Alfa, di antara gejala kencing manis adalah kebas kaki atau tangan dan kedua-duanya sekali…hanya urut bahagian yang mengalami kebas hingga darah berjalan lancar.

  69. allison says:

    Maafkn sya..sya mngalami kebas d tngan sahaja bla sya mnunduk kn kepala ke bawah..apakh sebab nya itu..?sya sdah periksa..doktor bg ubt jlan darah..sya sdah mkan ikut msa yg d,ttapkan tp langsung tak ada kesan apa pun..kebas tetap sama..

    • zainura66 says:

      allison, kebas di mana-mana bahagian badan adalah akibat daripada saraf di ruas tulang belakang telah tersumbat dan darah tidak mengalir dengan lancar.

  70. Atan Ujang says:

    Pada Bulan Mac lalu lutut sebelah kiri saya bengkak. Doktor telah menyuntik keluar air synovial fluid sebanyak 4 tabung shringe. Doktor juga telah menyuntik masuk sejenis jeli kedalam lutut. Saya juga telah menjalani physioterapi bagi membengkokan lutut dan telah berjaya dilakukan. Masaalahnya saya merasa kebas disebelah tepi peha kiri dan kebelakangan ini saya dapati peha saya semakin mengecut sebelah. Kenapa ia berlaku dan apa perlu saya lakukan?. Terima kasih.

    • zainura66 says:

      Atan Ujang, pengecutan peha berlaku akibat sumbatan toksin atau racun tubuh badan samada di otot atau ligamen. Anda perlu pastikan darah dapat berjalan lancar dari saraf ke otot peha yang mengecut itu.

  71. fariza ahmad says:

    Salam…sy mengalami kebas di hujung ibu jari kiri dan juga peha kiri…. Tp kebas ni hanya berlaku apabila saya berdiri atau berjalan…apa masalah sy dr…sy baru berusia 31 tahun

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Fariza Ahmad. Ada kemungkinan terdapat sumbatan di saraf tulang belakang ke bahagian tersebut yang menyebabkan aliran darah tidak sampai hingga menyebabkan kebas berlaku jika anda tidak mengalami penyakit kencing manis, darah tinggi atau pun kekurangan darah.

      • fariza ahmad says:

        Sy tak ada penyakit kencing manis dr…jd apa yg patut sy lakukan untuk hilangkan rasa kebas tu

      • zainura66 says:

        Fariza, jika anda tidak mengalami penyakit kencing manis, rasa kebas tersebut besar kemungkinan disebabkan sumbatan racun tubuh badan/ toksin yang menyumbati saraf di ruas tulang belakang dan menyebabkan aliran darah tidak lancar. Dengan urutan terapi bagi menyingkirkan toksin tersebut perlulah dilakukan.

  72. nurul says:

    Assalam.. saya ada soalan. Mak saya pada mulanya ada rasa kebas2 kat jari tangan sebelah kiri. Tapi sekarang dia dah naik sampai ke bahu dan bahagian belakang sebelah kiri. Mak saya ada kencing manis dan darah tinggi jugak. Apa sebenarnya nya masalah mak saya ye? Adakah ini salah satu tanda2 awal stroke? Saya sangat mengharapkan jawapan anda. Terima kasih..

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam nurul. Penyakit kencing manis atau darah tinggi bukanlah punca utama kepada stroke. Stroke berlaku apabila terdapat sumbatan di bahagian otak. Anda hanya perlu pantau masalah tangan ibu yang kebas kerana ini adalah masalah sumbatan saraf ke tangan di ruas tulang belakang ibu anda.

  73. asikin shamsul says:

    Assalamualaikum wbt..Sya merupakan pesakit , PID..sya telah mengalami rasa kebas pda bhgian tangan dan kaki sya semenjak 6 bulan yg lepas.pelbgai cara telah sya lakukan utk menghilangkn rsa kebas tmsok pengambilan vitamin dan fisioterapi. kdang2,Sya akn merasa kebas d seluruh bdan apabila belakang sya merasa sakit. doktor mengesyorkan sya utk melakukan injection utk menghilangkan rsa sakit d belakang dan kebas2. tpi kemungkinan utk injection itu bjaya adlah rendah. apa yg harus sya lakukan krana perkara ini tlah menghalang sya dlm melakukan rutin harian…terima kasih..

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Asikin. Sepanjang saraf di ruas tulang belakang anda telah tersumbat menyebabkan aliran darah tidak lancar hingga anda berasa kebas seluruh badan. Anda perlu menyingkirkan kotoran tersebut untuk memastikan aliran darah anda kembali lancar seperti biasa.

  74. john says:

    salam..ada apa2 supplement or vitamin untuk diamalkan bgi menghilangkan kebas/melancar salur drah dri tersumbat??

    • zainura66 says:

      Madu lebah asli merupakan nutrisi semulajadi yang dapat membantu menyahtoksin racun tubuh badan serta melancarkan aliran darah. Namun anda perlu pastikan semua saraf di ruas tulang belakang tidak tersumbat terlebih dahulu bagi keberkesanannya.

  75. raup says:

    salam,
    sy nak tanya, jari2 tangan mak saya selalu kebas selepas operate buang ovari. adakah ini mmg simptom selepas operate? mohon penjelasan sebab da berlarutan sampai tiga bulan. jumpa doktor diorg ckp xde kena mengena dgn pembedahan..

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Raup. Sebelum pembedahan dilakukan, pesakit akan disuntik dengan ubat pelali terlebih dahulu agar tidak akan merasa sakit. Adakalanya pesakit akan mengalami sedikit masalah di saraf di ruas tulang belakang mengikut keadaan pesakit itu sendiri. Ubat pelali tersebut akan mengalir mengikuti darah dan ia boleh menyumbati mana-mana saraf di ruas tulang belakang. Bagi kes ibu anda, sumbatan toksin telah berlaku di saraf ke bahagian tangan dan menyebabkan tangan ibu anda merasa kebas sebab aliran darah yang tidak lancar.

  76. Nana says:

    salam,
    Saya berumur 26 tahun dan berbadan amat gempal.
    3-4 hari lepas, kaki sebelah kiri saya mula kebas.
    hanya jari kelingking dan sedikit bahagian sekitar jari saya yang berasa kebas.
    beberapa hari sebelum itu, di bahagian itu terasa sakit, saya tak tahu apa puncanya.
    tp berdasarkan apa yg saya baca di internet, boleh dilegakan dengan merendah kaki ke dalam air ais. jadi saya rendamkan dalam air sejuk. dua kali.
    kemudian sudah tidak sakit lagi sekarang, tetapi kebas.
    saya berasa amat risau dan takut.
    bolehkan doktor berikan pendapat.
    kerana mmg tubuh saya amat gempal.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Nana. Anda menghadapi masalah ini adalah disebabkan faktor tubuh badan anda yang gempal. Ini menunjukkan anda mengalami sumbatan saraf ke tangan di ruas tulang belakang. Anda perlu mengubah tabiat hidup anda ke lebih sihat dan admin nasihatkan agar anda lebih berhati-hati dalam diet pemakanan seharian kerana ini juga merupakan gejala awal kepada penyakit kencing manis.

  77. nur sabarina says:

    Assalamualaikum….
    Sy brumur 24 thn..hujung ibu jari kaki belah kanan sy sdh 2 hari berasa kebas….apakah sbbnya ya…

  78. farah says:

    Salam. Kebelakangan ni, kepala sebelah kanan saya sering kebas. Kepala sebelah kanan je. Pastu rasa macam tebal je kepala ni.

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Farah. Kebas adalah masalah dengan saraf. Alirah darah yang tidak lancar dari saraf ke kepala anda membuatkan anda berasa kebas. Ini juga boleh membuatkan seseorang itu terkena stroke. Wallahualam.

  79. pija says:

    As salam…. kebelakangan ini saya mengalami sakit di bahagian blkg bile angkat tangan sakit… terasa seperti semut berjalan dibahagian belakang bdn n kadang2 kebas kaki n tangan… semuanya berlaku di bahagian kiri… kanan ok je…

    • zainura66 says:

      Waalaikumsalam Pija. Ini menunjukkan terdapat sumbatan di tulang belakang anda terutamanya di bahagian kiri dari kepala hingga ke tulang ekor.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s