Rahsia Zakar : 5 Cara jaga alat sulit lelaki

Organ reporduktif lelaki atau Zakar adalah ibarat ‘nyawa’ bagi seseorang lelaki untuk meneruskan kehidupan normal dan bahagia.

Biarpun begitu, tidak ramai yang prihatin dan sentiasa teruja untuk memastikan ‘zakar’ mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat serta bebas dari ancaman kanser.

Lelaki sering berfikiran negatif dan enggan memandang berat tentang masalah organ reproduktif atau zakar hanya kerana rasa malu, tercabar dan bimbang bila mendapati nilai kelelakian meretak bermasalah.

Apatah lagi apabila masalah yang dialami turut diketahui teman-teman, saudara mara mahupun pasangan, sudah tentu ianya akan menjadikan kehidupan seseorang lelaki satu ‘trauma; yang amat menakutkan. Justeru bagi anda yang ingin memastikan kesihatan dan keselamatan alat reproduktif anda sentiasa sihat dan selamat daripada ancaman kanser.

Anda boleh mengujinya sendiri di rumah dengan kaedah dan teknik yang betul dan terbukti berkesan menerusi kaedah permeriksaan sendiri testis atau pst. Bagaimanakah cara menyelamatkkan ia ?

Apa itu testis zakar?

Testis zakar adalah organ reproduktif lelaki yang mengeluarkan hormon testosteron yang memberikan seorang lelaki ciri-ciri kelelakian. Testis zakar terletak di dalam kerandut yang dipanggil skrotum yang berada di bawah zakar. Bentuk testis adalah bujur dan rasa licin dan kenyal apabila disentuh dengan tangan.

Siapa perlu melakukan pst ?

Kaedah perngesanan awal kanser testis atau pst disyorkan kepada semua lelaki berusia 20 tahun ke atas.

Berapa kali pst perlu dilakukan ?

Pst perlu dilakukan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. Pemantauan sekerap mungkin membolehkan persediaan atau rawatan dibuat lebih awal apabila
seseorang lelaki didapati mengalamai masalah berkaitan dengan organ reproduktifnya.

Bagaimana melakukannya ?

~ Mandi air panas agar sktrotum atau kerandut buah zakar berada dalam keadaan lembut. Keadaan begini memudahkan pemeriksaan.

~ Berdiri di hadapan cermin dan periksa bahagian kulit di sekitar sktrotum kanan dengan mengampukan menggunakan tangan kanan.

~ Jari telunjuk dan jari tengah diletakkan di bawah testis kanan manakala ibu jari di bahagian atas testis. Rasa testis mengunakan jari-jari tersebut, beri perhatian terhadap perubahan saiz dan kehadiran ketulan yang tidak normal.

~ Jika ada terasa ketulan-ketulan kecil serta berasa sakit bila ditekan, picit atau urutkan perlahan-lahan hingga kesakitan reda.

~ Lakukan pemeriksaan yang serupa pada testis dan sktrotum di sebelah kiri pula.

About zainura66

Pencinta Alam Semesta
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s