Bibir alat pengesan pelbagai penyakit

Bibir indah dan menawan merupakan dambaan setiap wanita. Berbagai cara dilakukan untuk memperindah bentuk dan tampilan bibir. Dari cara tradisional mahu pun moden semua dilakukan oleh wanita. Tahukah anda, berbagai fungsi dan makna boleh tercermin dari bibir seseorang itu ? Apabila bibir atas seseorang lebih tebal maka kemungkinan dia adalah jenis orang yang suka dirayu, apabila bibir bawah lebih tebal dia merupakan jenis orang yang selalu bercakap secara terus terang atau ‘straight to the point’, apabila bibir berbentuk seperti perahu dia merupakan seseorang yang berbahagia dan apabila berbentuk perahu terbalik pula merupakan pengkritik dan jenis orang yang tidak pernah puas. Ada juga berpendapat bahawa jika bibir isteri tidak boleh lebih tebal dari suami, dikatakan boleh memberi kesan terhadap bahagia atau tidak rumah tangganya. Batas pinggir bibir yang menjadi pembentuk bibir juga tidak boleh luka atau cacat , menurut pendapat kalau hal ini terjadi, ini petanda orang tersebut mulutnya bocor atau tukang gosip dan tidak boleh dipercayai. Kemungkinan ini boleh saja terjadi. Namun, semua ini bergantung terhadap kepercayaan masing-masing.

Dari bibir kita juga boleh membaca berbagai bentuk perasaan atau emosi seseorang. Biasanya kita lihat apabila otot pipi menarik bibir hingga bibir menjadi tersenyum, apabila seseorang mengatupkan bibir rapat, petanda seseorang sedang cemas atau gugup atau pun tanda tidak setuju. Sedangkan tertawa lebar menandakan  seseorang itu sedang bergembira. Perlu juga dilihat perbandingan di antara tertawa formal atau tertawa sindiran.

Bukan saja keindahan bibir yang perlu diperhatikan. Kesihatan bibir juga harus dijaga dengan baik. Meskipun dalam keadaan hanya bibir pecah-pecah atau bibir kering. Gangguan bibir jangan diperlekehkan, biasanya bibir pecah-pecah dan bibir kering adalah kerana faktor cuaca dan kekurangan vitamin C. Namun perlu berwaspada, apabila gangguan ini terus menerus melanda, ia boleh jadi petanda (simpton) atau gejala penyakit  Anemia dan Diabetes. Mengapa ia dikatakan sebagai petanda diabetes ? Bakteria yang menyerang mulut kerana tahap gula dalam darah yang tinggi juga boleh menyebabkan bibir seseorang menjadi kering dan pecah-pecah. Penyakit Ginjal (buah pinggang) juga boleh dilihat dari gejala bibir kering dan pecah-pecah.

Beberapa tanda boleh dilihat dari berbagai gangguan pada bibir, seperti :

1. Bibir bengkak

Bibir bengkak adalah disebabkan oleh limpa yang bermasalah akibat kuat kerja . Jaringan di bibir sangat tipis, oleh sebab itu bibirlah yang pertama kali mengalami pembengkakan. Bibir bengkak menandakan kesihatan anda secara umum buruk atau bibir alergi (sensitif) terhadap makanan tertentu.

2. Bibir pecah-pecah

Bibir pecah-pecah boleh disebabkan penyakit anemia. Anemia menghentikan pembentukan jaringan. Selain itu diabetes juga dikatakan penyebab munculnya candida atau sejenis bakteria yang menyerang sudut bibir. Jadi, bibir pecah-pecah boleh menunjukkan anda sedang terkena anemia atau menghidap diabetes jika pecahnya pada sudut bibir.

3. Bibir terkelupas

Alergi boleh menyebabkan bibir sedikit membengkak dan akhirnya terkelupas. Bibir terkelupas terus menerus boleh menunjukkan anda sedang diserangi oleh alergi. Kerana itu disarankan segera lakukan ujian alergi dengan doktor.

4. Bibir luka

Bibir yang terluka boleh disebabkan virus herpes. Bibir yang luka menandakan sistem kekebalan tubuh anda bermasalah atau mungkin juga kerana anda menjalani diet yang salah. Jika luka bertahan lebih dari 15 hari, segeralah buat pemeriksaan dengan doktor.

5. Bibir terasa panas dan sakit

Tekanan perasaan (Depresi) akan memberi isyarat kepada saraf indera di otak, jadi bahagian tubuh yang sensitif seperti bibir akan terasa sakit. Itulah sebabnya kenapa bibir terasa panas dan sakit boleh menjadi petanda anda sedang mengalami tekanan.
Jadi, jangan diperlekehkan ya sahabat ! Semua bermula dari diri kita sendiri akan kesedaran terhadap kesihatan bibir.

Untuk mendapat kesihatan dan keindahan dari bibir semua boleh dilakukan dengan berbagai cara, tradisional atau pun moden. Pada zaman dahulu, mereka memakai daun sirih sebagai alat untuk memperindahkan bibir. Daun sirih berguna untuk membuat bibir merah merona secara semulajadi, selain itu ia juga menjaga kesihatan mulut kerana mengandungi antibiotik. Apabila di gabungkan dengan buah pinang dan gambir sangat baik untuk menjaga kesihatan gigi dan gusi. Mengikut perkembangan zaman moden, cara ini dinilai kurang praktis dan memerlukan waktu yang lama. Kini lipstik(gincu) merupakan salah satu benda praktis untuk membuat bibr indah sekelip mata. Pemilihan warna yang sesuai untuk bibir kita merupakan cara baik untuk membuat bibir menarik dilihat oleh orang lain. Namun tahukah anda ternyata bukan hanya lipstik saja yang boleh membuat bibir menjadi merah dan indah dipandang mata.

Kini ini telah ada cara canggih untuk membuat bibir menjadi sedap dipandang dan memperbaiki bibir yang berwarna gelap atau pucat.
Sulam bibir merupakan cara pengaplikasian suatu pewarna ke dalam permukaan bibir.  Ketahanan pewarna dalam bibir bertahan dari 2 hingga 3 tahun setelah itu pewarna tersebut akan pudar dan perlu penyulaman bibir kembali untuk mengembalikan warna yang diinginkan. Setelah 3 jam penyulaman bibir dilakukan dilarang makan dengan keadaan yang sukar dikunyah , minum pun harus dengan sedutan agar tidak terjadi penekanan pada bibir, kalau hal ini dilakukan maka akan timbul infeksi pada bibir. Hati – hati ya ! Hemm . . Memang sangat praktis, kita tidak perlu menggunakan lipstik setiap hari. Kerana bibir kita akan selalu merah merona sepanjang hari. Boleh juga membubuhkan lipstik agar bibir menajdi semakin indah.
Berbagai cara dilakukan untuk membuat  bibir selalu tampak indah dilakukan dari pemakaian daun sirih sampai cara sulam bibir. Tapi cara paling alamiah atau semulajadi dan aman tentu lebih baik. Kita boleh menggunakan madu, sengkuang, limau nipis dan aloe vera (lidah buaya). Penggunaan sengkuang dan limau nipis pada bibir akan membuat bibir selalu sihat. Aloe vera juga boleh digunakan dengan menitiskan secara langsung kepada bibir. Minum air putih (air suam) yang teratur serta pola pemakanan seimbang juga merupakan cara mudah untuk menjaga kesihatan dan keindahan bibir.

About Wannura

Pencinta Kehidupan Alamiah
This entry was posted in Penyakit and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Bibir alat pengesan pelbagai penyakit

  1. Laila berkata:

    Mau nanya, kalau misalnya di bibir itu muncul bentol-bentol kecil sperti komedo dan terasa kasar itu kenapa ya?
    mohon dijawab. terimakasih

    • zainura66 berkata:

      Laila, kemungkinan terdapat sumbatan di bawah kulit bibir yang menyebabkan ianya terjadi seperti sedemikian.

Tinggalkan komen